Nash, James (1834–1913) ialah pencari gali yang menemui kawasan emas di Gympie, Queensland, Australia pada tahun 1867. Laporannya tentang penemuan emas memulakan salah satu daripada kerubut emas yang terkenal dalam sejarah Queensland . Terumbu yang dijumpai oleh Nash menghasilkan emas bernilai berjuta-juta dolar Australia. Tetapi Nash cuma menerima sedikit ganjaran hasil penemuannya itu. Dia juga berjaya mendapat sedikit wang hasil daripada emas yang dituntutnya tetapi mengalami kerugian kemudian apabila dia membuka sebuah kedai. Pada tahun 1888, kerajaan Queensland memberinya kerja sebagai penjaga serbuk magazin di Gympie. Sebuah pancutan air peringatan daripada tujuh tan metrik batu granit didirikan sempena menghormatinya di Taman Gympie. Nash lahir di Wiltshire, England. Dia berhijrah ke Australia pada tahun 1857. |