Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.gis] | ماݢيس

Definisi : luar biasa dan mengandungi (mem­punyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn ke-kuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata magis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAGIS

Magis ialah penggunaan kuasa luar biasa oleh

seseorang untuk cuba mengawal tindakan manusia

ataupun kejadian semula jadi. Magis sering

kelihatan seperti mendatangkan hasil, tetapi hasil

itu mungkin sebenarnya tercapai disebabkan

perkara-perkara lain. Contohnya, seseorang

mungkin mahu menggunakan ilmu magis untuk

membuat musuhnya sakit. Musuhnya yang

mengetahui perbuatan ini menjadi takut dan

benar-benar jatuh sakit.

UMUM 
AZIMAT

Azimat adalah tangkal berjampi yang dianggap

mempunyai kuasa magis. Ia boleh dipakai di leher.

Sesetengah orang percaya bahawa azimat boleh

melindungi mereka daripada syaitan, penyakit,

dan sihir. Azimat boleh diperbuat daripada

sebarang bahan, tetapi kebanyakannya adalah

daripada batu. Yang lainnya merupakan beg-beg

kain kecil yang berisi objek yang dianggap

berkuasa. Sebatang gigi atau sebatang tanduk

atau kayu boleh juga dijadikan azimat. Sesetengah

azimat mempunyai bentuk yang simbolik,

misalnya anak bulan.

Lihat juga Mata syaitan; Permata kelahiran.

UMUM 
MEDEA

Medea ialah puteri di Colchis yang mempunyai

kuasa magis dalam mitologi Yunani.

UMUM 
MAJUSI

Majusi ialah anggota keturunan kelas paderi

dari Media, kerajaan purba yang terletak di

kawasan yang kini dikenali sebagai utara Iran.

Seseorang anggota kelas tersebut dipanggil

Magus. Majusi dikenali sebagai pengamal magis,

pentafsir mimpi dan petanda sesuatu kejadian

serta mempersembahkan korban astrologi.

UMUM 
PAWANG

PAWANG, orang yang mahir dalam hal upacara magis, Lazimnya, seseorang itu hanya boleh menjadi pawang setelah mendapat 'panggilan' daripada kuasa ghaib iaitu . menerima kuasa daripada roh nenek moyang.  Pawang menggunakan kuasa magis untuk pelbagai tujuan seperti mengubat orang sakit, menilik barang yang hilang dan menilik masa depan seseorang.  Pawang adalah sebagai perantara alam nyata dengan alam ghaib dan mempunyai pengetahuan memanipulasi alam untuk keperluan masyarakat.  Terdapat beberapa jenis pawang seperti pawang hujan, pawang bijih, pawang belat dan sebagainya.

BUDAYAKepercayaan
LIPUR LARA

LIPUR LARA, sastera rakyat yang berbentuk roman. Cerita lipur lara dapat juga dikelompokkan ke dalam kategori cerita pari berdasarkan persamaan ciri-cirinya dengan fairy tale (Inggeris) atau marchen (Jerman). Di barat, sastera ini sering juga dikenal sebagai cerita magis (magic tale) kerana terdapatnya unsur magis di dalam ceritanya.

SASTERAKarya
PASUNG RUMAH

PASUNG RUMAH, cara magis dengan tujuan untuk memelihara keselamatan seluruh isi rumah.  Ritual ini biasanya dilakukan oleh sesiapa yang mempunyai pengetahuan        tentang alam ghaib.

BUDAYAKepercayaan
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas