RIBUT MAGNET | Ribut magnet ialah keadaan turun naik yang kuat dalam medan magnet bumi. Ribut demikian disebabkan oleh zarah-zarah tenaga tinggi dan sinaran kuat yang dikeluarkan oleh matahari hasil daripada aktiviti suria. Keseluruhan paras aktiviti ribut magnet berbeza-beza mengikut kitaran | UMUM | |
KEMAGNETAN | Kemagnetan ialah daya yang dikenakan oleh arus elektrik kepada arus elektrik yang lain. Kemagnetan boleh dihasilkan oleh pergerakan elektron dalam atom bahan tertentu yang dinamakan magnet. Daya magnet juga boleh juga dihasilkan oleh arus elektrik biasa yang mengalir melalui gegelung dawai, yang dinamakan elektromagnet. Daya magnet boleh menyebabkan tarikan atau tolakan – iaitu, daya magnet boleh mendekatkan magnet ataupun memisahkannya. | UMUM | |
MAGNET BUMI | Magnet bumi, merujuk kepada bumi sebagai satu magnet raksasa yang dikelilingi oleh satu medan magnet. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Teori/Teorem/Hukum |
MAGNETOMETER | Magnetometer ialah alat yang mengukur kekuatan medan magnet. Magnetometer paling ringkas dapat mengukur medan magnet yang berdekatan dengan motor elektrik atau kutub magnet. Magnetometer begini mempunyai gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu digerakkan melalui medannya, maka terhasillah voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini menandakan kekuatan medan magnet itu. | UMUM | |
BAHAN MAGNET | Bahan magnet, bahan yang memperlihatkan ciri magnetik apabila diletakkan di dalam medan magnet luar. | FIZIK | Konsep |
AMPLIFIER MAGNET | Amplifier magnet,juga dikenali sebagai reaktor boleh tepu, ialah alat yang digunakan untuk mengawal kuasa elektrik yang besar. Ia digunakan apabila arus elektrik terlalu besar atau keadaan lain terlalu teruk bagi amplifier transistor atau injap. Contohnya, amplifier magnet selalu digunakan untuk mengawal kelajuan motor elektrik yang besar ataupun kecerahan lampu-lampu landasan di lapangan terbang. | UMUM | |
PENGIMEJAN RESONANS MAGNET (MRI) | | UMUM | |
KOMPAS MAGNET | Kompas magnet lihat Kompas. | UMUM | |
KHATULISTIWA MAGNET | Khatulistiwa magnet ialah suatu jalur bayangan yang mengelilingi bumi berdekatan dengan khatulistiwa geografi. | UMUM | |
FLUKS MAGNET | Fluks magnet ialah ukuran kuantiti kemagnetan, iaitu berapa banyak medan magnet dari medan vektor B yang menembusi litar. | FIZIK | Sifat/Keadaan |