MAGNITUD | Magnitud ialah skala yang digunakan oleh ahli astronomi untuk mengukur kecerahan objek yang bercahaya di angkasa. Lebih cerah sesuatu bintang atau planet, maka lebih rendah nombor magnitudnya. Sistem magnitud adalah berasaskan usaha yang dilakukan oleh ahli astronomi Yunani purba, Hipparchus. Kira-kira pada tahun 125 S.M., Hipparchus mengelaskan bintang mengikut kecerahan. Dia menamakan bintang yang paling cerah sebagai bintang magnitud pertama, bintang yang kedua cerah sebagai bintang magnitud kedua dan seterusnya sehinggalah kepada bintang yang paling pudar. Bintang yang paling pudar digelar sebagai bintang magnitud keenam. | UMUM | |
MAGNITUD RICHTER | Magnitud Richter ialah angka yang menunjukkan kekuatan gempa bumi. Ahli-ahli sains mengira magnitud Richter dengan menggunakan maklumat yang diperoleh daripada seismograf, sejenis alat yang merakam pergerakan bumi. Ahli seismograf Amerika (ahli sains yang mengkaji gempa bumi), Charles F. Richter, telah membangunkan sistem ini untuk mengukur kekuatan gempa bumi pada tahun 1935. Kadangkala sistem ini dikenali sebagai skala Richter. | UMUM | |
PALANG SELATAN | Palang Selatan ialah buruj (sekumpulan bintang) terkenal di Hemisfera Selatan. Ia juga digelar sebagai Pari atau Crux. Buruj ini dinamai begini kerana empat buah bintangnya yang paling cerah membentuk palang. Kecerahan cahaya bintang disebut magnitud. Bintang yang paling cerah berada dalam magnitud pertama. Bintang yang terletak paling jauh ke selatan ialah bintang magnitud pertama. Bintang yang terletak di sebelah timur dan utara ialah bintang magnitud kedua, sementara bintang di sebelah barat bertahap magnitud ketiga. Lihat Magnitud. | UMUM | |
DENEB | Deneb ialah bintang yang paling terang dalam buruj Cygnus, atau Swan. Deneb juga dikenali sebagai Alpha Cygni. Ia ialah bintang yang paling terang yang boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai magnitud 1.26 (lihat Magnitud). Deneb ialah 60 000 kali ganda seterang matahari, tetapi ia kelihatan malap kerana jauhnya lebih kurang 1600 tahun cahaya (lihat Tahun cahaya). Deneb kelihatan berwarna putih kebiru-biruan disebabkan oleh suhu permukaan yang sangat tinggi, sekurang-kurangnya 10 000°C. Ahli astronomi mengelaskan bintang ini sebagai superraksasa biru. Diameter Deneb ialah lebih kurang 70 kali ganda diameter matahari. | UMUM | |
ARGELANDER, FRIEDRICH WILHELM AUGUST | Argelander, Friedrich Wilhelm August (1799–1875), ahli astronomi Jerman-Finland dan profesor astronomi di Bonn, Jerman. Dia telah membuat katalog dan mencartakan lebih daripada 300 000 bintang yang terdapat di hemisfera samawi utara hingga ke magnitud kesembilan. Dia telah menubuh dan menjadikan pengajian tentang perubahan bintang sebagai satu cabang astronomi dengan mengkaji sejarah perubahan bintang- bintang dari segi kegemerlapannya. Dia lahir di Meme (kini Klaipeda), Lithuania. | UMUM | |
SIRIUS | Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing, ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih kurang sama dengan saiz matahari, tetapi memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama (lihat Bintang [Mengukur kecerahan]). | UMUM | |
HUKUM ARUHAN FARADAY | Hukum aruhan Faraday, hukum yang menyatakan bahawa magnitud daya gerak elektrik (dge), yang teraruh dalam suatu litar elektrik, berkadar terus kepada kadar perubahan fluks magnet yang memotong merentasi litar tersebut. | FIZIK | Teori/Teorem/Hukum |
CARTA PAI | Carta pai, gambar rajah atau perwakilan grafik berbentuk bulatan yang dibahagikan mengikut sektor bagi menggambarkan data berkategori untuk membandingkan peratusan, kekerapan atau magnitud data. | MATEMATIK | Konsep |