Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : singkatan bagi maha; ~ raja maharaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mah I


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAH MERI

MAH MERI, suku kaum Orang Asli daripada kelompok Senoi. Mah Meri bermaksud ‘orang daratan’. ‘Mah’ bermaksud orang dan ‘Meri’ bermaksud darat atau daratan. Suku kaum ini dikenal juga sebagai Ma’ Betisék. Masyarakat ini menuturkan bahasa daripada rumpun Astroasiatik dan mereka mendiami pesisir pantai negeri Selangor khususnya di Pulay Carey. Mengikut banci 1991, masyarakat ini berjumlah 1778 orang.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
MAHJUNG

Mahjung juga dieja <I>mah jong I>atau <I>mah-jong I>

ialah sejenis permainan orang Cina yang

berkembang pada tahun 1800-an. Mahjung

dipercayai berasaskan permainan yang dimainkan

di China semenjak lebih kurang tahun 500 S.M.

Mahjung sama dengan permainan <I>rummyI>, iaitu

sejenis permainan kad. Walau bagaimanapun,

sebagai ganti kad, mahjung dimainkan dengan

buah kecil, bersegi empat tepat yang diukir

dengan lukisan dan lambang Cina. Terdapat 136

buah piawai yang terdiri daripada buah angin,

buah naga dan tiga jenis sama bunga – titik, krak

dan bam. Sama bunga diberi nombor dari 1 hingga

9. Terdapat empat buah yang serupa untuk setiap

jenis. Kebanyakan set mahjung turut mempunyai

lapan buah bonus yang mewakili bunga dan

musim.

UMUM 
ABU HANIFAH

Abu Hanifah (80 H.–150 H./699 M.–767 M.) ialah

al-Nu’man ibn Thabit ibn Zutiy atau Zawtiy ibn

Mah. Dia lahir di Kufah pada zaman pemerintahan

khalifah Bani Umayyah, ‘Abd al-Malik ibn Marwan,

dan dibesarkan serta menghabiskan kebanyakan

masa hidupnya di Kufah, tetapi akhirnya dia pergi

ke Baghdad dan meninggal dunia di sana.

UMUM 
P. RAMLEE

P. Ramlee (1929–1973), penyanyi, penggubah lagu,

pemuzik, pelakon, penulis skrip dan pengarah filem

teragung di Malaysia. Dia lahir pada 22 Mac 1929 di

Pulau Pinang dan meninggal dunia pada 29 Mei 1973

di Kuala Lumpur. Nama sebenar P. Ramlee ialah

Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh. Ayahnya, Teuku

Nyak Puteh Nyak Karim, berasal dari Lhoksemauwe,

Aceh. Ibunya Che Mah Husin berasal dari Kubang

Buaya, Seberang Prai, Pulau Pinang.

UMUM 

Kembali ke atas