Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ha] | مها

Definisi : akronim bagi Malaysian Agri-Horti-cultural Association (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~ per­tunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha] | مها

Definisi : yg teramat, sangat, amat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~ Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ha] | مها

Definisi : teramat; sangat; paling: Tuhan yg ~ Pemurah lagi ~ Pengasih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maha (kata tugas)
Bersinonim dengan tersangat, teramat, paling, sekali, terlalu, terlampau, sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MULK

Surah al-Mulk ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-67 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 30 ayat. Nama

surah al-Mulk (kuasa pemerintahan) diambil

berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)

Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan

akhirat) dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiaptiap

sesuatu”.

(Surah al-Mulk 67:1)

UMUM 
TIRSO DE MOLINA

Tirso de Molina ialah nama pena Gabriel Tellez

(1584–1648), penulis drama Sepanyol. Maha karyanya

The Deceiver of Seville (1630) memperkenalkan

legenda Don Juan dalam kesusasteraan (lihat Don

Juan ). Tirso mungkin menulis hampir 400 drama,

tetapi hanya 86 drama yang masih wujud, termasuk

drama sejarah dan agama, komedi ringan

berkenaan masyarakat istana, dan tragedi romantik.

Tirso memahami psikologi dan menunjukkan

kemahiran yang lebih menonjol dalam mencipta

watak dari penulis drama Sepanyol lain pada

zamannya. Dia juga menulis cerita ringan, The

Gardens of Toleda (1624), dan yang lebih serius

Pleasure with Profit (1635), beberapa koleksi cerita,

drama pendek dan puisi. Tirso lahir di Madrid. Dia

ialah seorang rahib dan pegawai penting di dalam

gereja Order of Mercy .

UMUM 
SURAH AL-RAHMAN

Surah al-Rahman ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah ke-55 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 78 ayat.

Surah ini dinamakan al-Rahman (Yang Maha

Pemurah), kerana permulaannya menerangkan

hakikat perkataan al-Rahman, sebagai jawapan

kepada sendaan orang kafir Makkah ketika

diturunkan ayat berikut yang bermaksud:

“Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang

musyrik itu): Sujudlah kamu kepada al-Rahman

(Tuhan Yang Maha Pemurah)! Mereka bertanya:

Dan siapakah al-Rahman itu?”.

(Surah al-Furqan 25:60)

UMUM 
SURAH AL-DHARIYAT

Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut

susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan

mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al-

Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan

nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang

yang menerbangkan semua benda. Seperti surah

Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga

menekankan aspek-aspek keimanan kepada

kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa

dan pembinaan akidah yang kukuh yang

berasaskan ketakwaan dan keimanan.

UMUM 
NABI SALIH A.S.

Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud.

Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar

menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah

Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum

baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah

SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah

seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda

sebagai ahli sihir.

UMUM 
SURAH AL-MA'IDAH

Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan)

berdasarkan perkataan itu yang disebut di

dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan

golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti

kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan

itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah

ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam

banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus

daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

UMUM 
SURAH GHAFIR

Surah Ghafir ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-40 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 85 ayat.

Surah ini dinamakan Ghafir (Maha Pengampun)

kerana adalah satu sifat daripada sifat-sifat Allah

S.W.T. yang disebutkan di awal surah ini

sebagaimana firmannya yang bermaksud:

Yang mengampunkan dosa, dan Yang

menerima taubat; Yang keras seksanya; Yang

melimpah-limpah kurnianya; tiada Tuhan

melainkan Dia; kepada-Nyalah tempat kembali”.

(Surah Ghafir 40:3)

UMUM 
THOMSON, JAMES

Thomson, James (1700–1748) ialah penyair

Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an

sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun

1725, Thomson mengembara dari Scotland ke

London. Di London, dia menerbitkan maha karya,

The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746).

Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu

tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi

sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang

jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam

rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini

membawa kepada gerakan romantik pada akhir

tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah

daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan

tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan

The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan

berdasarkan karya Edmund Spenser.

UMUM 
SURAH AL-A‘LA

Surah al-A‘la ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-87 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 19 ayat.

Surah ini dinamakan al-A‘la (Yang Maha Tinggi)

kerana sifat Allah S.W.T. ini disebutkan pada

pembukaan surah ini.

UMUM 
ALLAH

Allah, Tuhan (Ilah) yang Maha Esa, pencipta (Khaliq) dan pentadbir (Rabb) alam semesta. Dalam hubungan ini, terdapat 2 doktrin dalam mengimani kewujudan Allah SWT iaitu pengesaan dalam bentuk ketuhanan (tauhid uluhiyyah) iaitu mengimani bahawa Allah SWT ialah pencipta alam ini.

AGAMAKonsep
12

Kembali ke atas