Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan) berdasarkan perkataan itu yang disebut di dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. |