MAHABHARATA | Mahabharata ialah satu daripada dua puisi epik India yang agung. Puisi yang satu lagi merupakan Ramayana. Mahabharata merupakan puisi yang paling panjang di dunia yang terdiri daripada 220 000 baris dan terbahagi kepada 18 bahagian. Puisi ini ditulis dalam bahasa Sanskrit, iaitu bahasa suci India purba tetapi telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa moden India disebabkan kisahnya terkenal di seluruh India. Pelbagai versi cerita puisi ini juga ditayangkan di televisyen sama ada di India atau di kebanyakan negara lain. | UMUM | |
ARJUNA | Arjuna ialah wira dalam puisi epik India, Mahabharata , yang menceritakan peperangan antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava. Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik- beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani, kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang romantis. Lihat Mahabharata. | UMUM | |
MAHABHRATA | Mahabharata, karya epik yang sangat terkenal di India, dan telah malah tersebar hingga ke Nusantara. | SASTERA | Karya |
RAMAYANA | Ramayana ialah salah satu daripada dua puisi epik yang teragung di India. Satu lagi ialah epik Mahabharata . Wira Ramayana ialah Rama, putera dan waris takhta seorang raja India (lihat Rama ). Rama lahir di negara Ayodhya (dahulunya Oudh, kini sebahagian daripada Uttar Pradesh). Visvamitra, guru Rama yang bijaksana telah mengajarnya prinsip yang harus dipatuhi untuk menjadi raja. | UMUM | |
BHAGAVAD-GITA | Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad- Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India yang utama dan juga beberapa bahasa Barat. Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata, puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata). Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada tahun 100-an M. dan tahun 200-an M. | UMUM | |
CERITA WAYANG | CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata. | SASTERA | Konsep |
HIKAYAT PARANG PUTING | HIKAYAT PARANG PUTING, sastera hikayat berunsur Hindu. Hikayat ini juga dikenal sebagai Hikayat Budak Miskin. Hikayat ini dipengaruhi dengan banyaknya unsur Hindu yang terdapat di dalamnya termasuklah dewa, kesaktian,alam kayangan dan sebagainya yang berasal daripada kitab Mahabharata. | SASTERA | Karya |
DALANG | DALANG, pemimpin dan tukang cerita dalam wayang kulit. Dalang juga bertindak sebagai pemain segala peranan dalam cerita wayang kulit dengan menggunakan boneka yang diukir daripada kulit lembu, untuk melambangkan pelbagai watak dalam cerita daripada Ramayana, Mahabharata dan cerita panji. Dalang merupakan tokoh pencerita yang beraksi sambil bercerita, serta turut memainkan boneka tersebut. Dalang juga bertindak sebagai pawang sesuatu persembahan dengan melakukan jampi dan doa untuk keselamatan persembahan. | BUDAYA | Konsep |