Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mah.fuz]/[mah.fuz] | محفوظ

Definisi : Ar yg sudah dihafazkan, tersemat dlm hati (ingatan); loh al-~; lohmahfuz. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mahfuz


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAJIB MAHFUZ

Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab

yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel

dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia

lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sastera pengkhususan dalam bidang

Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934.

Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan

sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga

Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959.

Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan

Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik

menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada

tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar

al-Ahram.

UMUM 
PESANTREN IBNUL AMIN

PESANTREN ABNUL AMIN, institusi pendidikan Islam yang terletak di Pamangkih, Kalimantan Selatan, Indonesia. Pesantren ini ditubuhkan pada 25 Mei 1958 oleh seorang ulama, Kiai Haji Mahfuz Amin. Nama pesantren ini mengambil nama sempena nama datuk Kiai Haji Mahfuz Amin, iaitu Muhammad Amin, seorang ulama yang banyak jasanya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas