SULTAN MAHMUD SYAH | Sultan Mahmud Syah (1680–1699), Sultan Johor terakhir daripada jurai keturunan Iskandar Zulkarnain-Sriwijaya Bukit Siguntang-Melaka. Sultan Mahmud Syah terkenal dengan gelaran Sultan Mahmud Mangkat Dijulang sesudah kemangkatannya. | UMUM | |
MAHMUD HAMDIY AL-FALAKI | Mahmud Hamdiy al-Falaki (1230 H.–1302 H./ 1815 M.–1885 M.), jurutera daripada kalangan ulama Mesir. Nama sebenarnya ialah Mahmud Ahmad Hamdiy dan lebih dikenali sebagai Mahmud Hamdiy. Dia lahir di bahagian barat Mesir, mendapat pendidikan di Iskandariah dan selepas itu menyambung pelajaran di Kaherah. Dia terpilih menjadi guru di sekolah al- Muhandiskhanah . Pada tahun 1845 M., kerajaan Mesir menghantarnya ke Eropah dan kembali ke Mesir pada tahun 1860 M. | UMUM | |
MAHMUD ZINKIY | Mahmud Zinkiy (511 H.–569 H./ 1118 M.–1174 M.) ialah pemerintah di Syria. Nama penuhnya ialah al- ‘Adil Nur al-Din Mahmud ibn Zinkiy ibn al-Atabik ‘Imad al-Din Zinkiy ibn Qasim, al-Dawlah Aq Sanqar al-Turki daripada Bani Saljuk. Dia digelar dengan nama “al-Malik al-‘Adil” (Raja yang Adil). Mahmud Zinkiy lahir di Halab dari Kabilah al-Sab Yu al- Turkmaniah. Datuknya Aq Sanqar hamba sultan Saljuk Malikisyah ibn Alb Arsalan. Dia mendapat kepercayaan daripada sultan dan dilantik menjadi gabenor di beberapa buah kerajaannya di utara Iraq. Dia digantikan oleh anaknya bernama ‘Imad al-Din Zinkiy, bapa kepada Mahmud al-Zinkiy. | UMUM | |
MAHMUD II | Mahmud II (1199 H.–1255 H./1784 M.–1839 M.) ialah Sultan Mahmud II putera Sultan Abdul Hamid I, salah seorang sultan kerajaan Uthmaniyyah. Baginda lahir di Islambul (sekarang digunakan nama Istanbul) dan menduduki takhta pemerintahan selepas abangnya, Sultan Mustafa IV pada tahun 1223 H./1808 M. Namanya dikaitkan dengan gerakan pembaikan dalaman bagi menyusun semula kerajaan dan memerangi gerakan reformasi di Najd yang diketuai oleh Imam Muhammad ibn Saud dan Muhammad ibn ‘Abd al- Wahhab lebih-lebih lagi apabila gerakan ini mampu menggabungkan Hijaz dan Ahsa dalam Kerajaan Pertama Saudi. Namanya juga dikaitkan dengan penyusunan tentera Turki dan menukarkannya kepada sistem ketenteraan yang teratur. Usaha penyusunan tentera ini selesai pada tahun 1241 H./1825 M. | UMUM | |
MAHMUD AHMAD | MAHMUD AHMAD (1906 – 1976), penulis Singapura. Dia lahir pada 29 Mac 1906 di Kallang, Singapura. Dia lebih terkenal dengan nama Cikgu Mahmud Ahmad. Mahmud Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Katung dan Sekolah Melayu Kampung Gelam, hingga tahun 1922. Setelah tamat Darjah Enam dia diterima sebagai guru pelatih. Dia menjadi penuntut di Sultan Idris Training College (SITC) dari tahun 1926 hingga tahun 1929. | SASTERA | Tokoh |
SULTAN MAHMUD SYAH | SULTAN MAHMUD SYAH ( ? – 1773), Sultan Perak yang ke-16 (1765-1773). Nama sebenar baginda ialah Raja Kimas. Baginda adalah putera Sultan Mahmud dan adinda Sultan Iskandar Zulkarnain. Baginda dilantik sebagai Raja Muda antara tahun 1752 hingga tahun 1765. Raja Kimas ditabal sebagai Sultan Perak pada 20 Julai 1765 setelah kemangkatan Sultan Iskandar dengan memakai gelaran Sultan Mahmud Syah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HARUN MAHMUD HASHIM | | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD MAHMUD, DATUK | Ahmad Mahmud, Datuk (1926-2008), pelakon, pengarah dan penerbit filem. Ahmad Mahmud yang juga dikenali sebagai Ahmad Mahmood, lahir pada 3 Januari 1927 di Rembau, Negeri Sembilan. | KESENIAN | Tokoh |
TAYMUR, MAHMUD AHMAD | Taymur, Mahmud Ahmad (1312–1393 H./1894– 1973 M.), ahli sastera dan penulis novel Mesir moden dari kalangan keluarga sarjana dan sasterawan. Ini kerana ayahnya, Ahmad Taymur Basya adalah seorang pencinta bahasa dan ilmu-ilmu bahasa Arab. | UMUM | |
ABDUL TAIB MAHMUD, TAN SRI | Abdul Taib Mahmud, Tan Sri (1936- ) ialah Ketua Menteri Sarawak ke-4. Dia dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak mulai 26 Mac 1981 hingga kini menggantikan Tun Haji Abdul Rahman Ya’kub. | UMUM | |