| MAJALAH | Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua- duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala. Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi. Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai jurnal. | UMUM | |
| MAJALAH CERITA | MAJALAH CERITA, majalah bulanan. Majalah ini diterbitkan pada 1 November 1938 oleh Penerbit Jelutong (Jelutong Press) di Pulau Pinang. Majalah Cerita diterajui oleh Mohd. Ariffin Ishak bersama-sama penolongnya, Aminah binti Abdul Jalil. Majalah bertulisan Jawi ini mempunyai 46 halaman. | SASTERA | Penerbitan |
| MAJALAH GURU | MAJALAH GURU, majalah bulanan yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah Guru memperlihatkan pencapaian yang berkesan dalam menyumbangkan pemikiran mengenai kemajuan dan kesusasteraan sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini mengemukakan ramai penulis yang terkenal, antaranya Za’ba, Muhammad Yusuf Ahmad, Zainun Sulaiman dan Pungguk. | SASTERA | Penerbitan |
| KIBLAT | KIBLAT, majalah bercorak keagamaan. Majalah ini diterbitkan pada bulan Ogos 1970 oleh Utusan Melayu (M) Berhad, Kuala Lumpur. Majalah ini bermotokan ‘Ke arah cita-cita bertakwa’. Majalah ini diterbitkan dalam tulisan Jawi berukuran 21 cm x 28 cm; mengandungi lebih kurang 40 muka surat. Majalah ini diterbitkan sebutan sekali, pada setiap akhir bulan. | SASTERA | Konsep |
| FAJAR ASIA | FAJAR ASIA, majalah dwimingguan untuk memajukan kebudayaan dan kesenian. Majalah ini diterbitkan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak Sumatera. Majalah ini diterbitkan dengan restu pihak pemerintah Jepun di Singapura oleh Pejabat Pembangunan Melayu Baru (Sinsei Malai Kensetsu Sha) yang beralamat di 101 Jalan Sultan, Syonan-to (Singapura) dan dicetak oleh al-Aahmadiah Press 25 Januari 1943 dan berakhir pada 10 April 1944. Majalah ini mengandungi jumlah halaman yang tidak tetap, menggunakan huruf Rumi dan dipimpin oleh Zainal Abidin Ahmad, bekas pengarang majalah Panji Islam yang diterbitkan di Medan. Setakat yang diketahui majalah ini hanya sempat terbit sebanyak 19 keluaran, iaitu Th. 1 (Bil. 1-16) 1943 -1944, Th. 2 (Bil. 1-3) 1944. | SASTERA | Penerbitan |
| MAJALAH AL-AHKAM AL-ADLIYYAH | Majalah al-Ahkam al-Adliyyah ialah undang-undang muamalah Islam yang pertama kali digubal dalam bentuk moden. | UNDANG-UNDANG | Penerbitan |
| EJAAN RUMI FAJAR ASIA | EJAAN RUMI FAJAR ASIA, sistem ejaan yang digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit pada awal tahun 1940-an, semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.
| BAHASA | Bahasa |
| AL-RIWAYAT | AL-RIWAYAT’, majalah sastera dwibulanan bertulisan Jawi. Majalah ini diterbitkan dan dicetak oleh Matba’ah al-Ma’aruf, Kelantan sejak 1 November 1938. | SASTERA | Konsep |
| PETRI MELAYU | PETRI Melayu, majalah bulanan khusus untuk kaum wanita. Majalah ini pertama kali diterbitkan pada bulan Jun 1947. pengusaha majalah ini ialah Yahya Ariff. Majalah ini diterbitkan di Kuala Kangsar, Perak dan dicetak oleh Penang and Straits Company, Pulau Pinang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
| KISAH | KISAH, majalah bulanan cerita pendek. Majalah ini diterbitkan di Jakarta pada bulan Julai 1953. Selain memuatkan cerita pendek, majalah ini juga memuatkan sajak, esei dan kritik. Majalah ini memberikan hadiah untuk cerpen yang diterbitkan setiap tahun. H.B Jassin pernah membukukan 13 cerpen yang dimuatkan dalam majalah ini dengan jdul kisah: 13 Cerita Pendek (1955). | SASTERA | Penerbitan |