Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti
memaksudkan makna lain yang berlainan
daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al-
Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab
Jaza – Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila
istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan,
maka bermaksud melampaui makna yang telah
disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu
perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui
makna yang sebenar (Metafora).