YAACOB ABDUL LATIF, TAN SRI | YAACOB ABDUL LATIF, Tan Sri (1918- ), Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kedua (1972-1983). Dia lahir pada 1 Februari 1918 di Kelang, Selangor. Dia daripada keluarga bangsawan Melayu yang berpendidikan tinggi. Bapanya, Doktor Latif merupakan orang Melayu yang pertama menjadi doktor di Tanah Melayu pada ketika itu. Sementara datuknya adalah seorang majistret dan Datuk Setia kepada Sultan Selangor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ABDUL KADIR YUSOF, TAN SRI | Abdul Kadir Yusof, Tan Sri (1918–1992), Peguam Negara (1964–1969). Abdul Kadir dilahirkan pada 10 September 1918 di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Muar dan seterusnya melanjutkan pelajaran selama 5 tahun di Raffles College, Singapura. Sebelum meneruskan pengajian di Lincoln’s Inn, England dalam jurusan undang-undang, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri Johor, Majistret dan Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Tanah. | UNDANG-UNDANG | Tokoh |