Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.lah] | مقاله

Definisi : rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll; pemakalah orang yg menulis (menyedia­kan, membentangkan dsb) makalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.lah] | مقاله

Definisi : rencana atau karangan yg disiarkan dlm surat khabar atau majalah. pemakalah orang yg menulis, menyediakan, membentangkan dsb makalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makalah (kata nama)
Bersinonim dengan rencana, artikel, esei, karangan, prosa, tulisan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JURNAL BUDAYA MELAYU

JURNAL BUDAYA MELAYU,   jurnal yang mula diterbitkan oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu) Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1975, khusus untuk menampung ruang makalah dan kritikan sastera, laporan penyelidikan yang berkaitan dengan bahasa dan sastera, makalah bergambar tentang kebudayaan Melayu di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Filipina serta negara lain.

BAHASAKarya
O'CONNOR, THOMAS POWER

O’Connor, Thomas Power (1848 –1929) ialah

wartawan dan ahli politik Ireland yang menjadi wira

dalam nasionalisme Ireland. Dia berkhidmat dalam

Parlimen British dari tahun 1880 hingga tahun 1929.

O’Connor lahir di Athlone, dalam kaunti

Westmeath. Dia mula bekerja sebagai wartawan

bagi sebuah surat khabar Dublin pada tahun 1867.

Dia kemudian mengasaskan dan menyunting Star

London, Sunday Sun, T.P’s Weekly, dan akhbar-

akhbar lain yang diterbitkan di London. Dia juga

menulis buku dan makalah.

UMUM 
MASTIKA

MASTIKA, majalah umum terbitan Utusan Melayu (M) Berhad.  Mastika keluaran pertama diterbitkan pada 1 Jun 1941.  Moto majalah ini ialah “Majalah Bulanan mengandungi makalah adabiah, ilmu pengetahuan, tarikh dan cerita rekaan.”  Moto ini diletakkan di bawah tajuk Mastika.  Majalah ini berukuran 27 cm x 19 cm, mengandungi 76 halaman dan bertulisan Jawi.  Harga senaskhah ialah 50 sen.

SASTERAPenerbitan
MEE, R.

MEE, R. (  ?   -   ?   ), pengkaji bahasa Melayu.  Tarikh, tempat lahir dan latar belakangnya tidak diketahui.  Dia telah menulis sebuah makalah berjudul “An Old Malay Dictionary” yang tersiar dalam Journal Malayan Branch Royal Asiatic Society (JMBRAS), halaman 316 hingga halaman 326 (1929).

BAHASATokoh

Kembali ke atas