DARWISY, AL- | Darwisy, al- ialah perkataan yang berasal daripada bahasa Parsi yang bermaksud peminta sedekah atau pengemis. Bagi orang sufi, perkataan ini bermaksud orang yang zuhud. Orang yang bergelar al-Darwisy ini hidup susah dari segi makan, minum atau pakaiannya. | UMUM | |
PERAYAAN UMAT ISLAM | Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan, iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih (memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan, kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam Islam. | UMUM | |
MALAIKAT | Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah kepada mereka. Beriman kepada para malaikat merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat. | UMUM | |
KETAKHADAMAN | Ketakhadaman ialah ketakselesaan di dada atau abdomen yang paling biasa berlaku selepas makan atau minum terlalu banyak. | UMUM | |