Mesin slot ialah alat yang berfungsi apabila duit
syiling dimasukkan ke dalam slot khas. Duit syiling
itu seterusnya akan memulakan mekanisme mesin.
Terdapat banyak jenis mesin slot. Mesin layan diri
menjual pelbagai barangan termasuk makanan
seperti coklat dan makanan ringan. Sesetengah
mesin layan diri menjual cecair seperti kopi atau teh
panas. Peti muzik ialah mesin slot yang memainkan
muzik pada piring hitam.
KEROPOK, makanan ringan yang diperbuat daripada campuran tepung sagu dengan isi ikan, udang, sotong atau lain-lain dan air. Ikan yang biasa digunakan ialah ikan parang, tamban, selayang, biji nangka dan conor. Bahan-bahan lain yang digunakan ialah garam dan gula pasir. Ada juga yang memasukkan serbuk lada dan bawang putih semasa menggaul isi ikan.
Polistirena ialah bahan plastik bak kaca, ringan
yang digunakan dalam pelbagai barang. Keluaran
yang dibuat daripada polistirena termasuklah
pembungkus makanan, penebat, barang rumah, dan
bahagian kereta.
Thanks for clicking. That felt good.