SAPROFIT | Saprofit ialah benda hidup yang mendapat makanannya daripada sisa organisma yang mati. Kebanyakan saprofit sama ada kulat seperti cendawan, dan kulapuk – atau bakteria. Organisma ini tidak mempunyai klorofil, iaitu pigmen hijau yang membolehkan tumbuhan membuat makanannya melalui fotosintesis (lihat Fotosintesis ). Saprofit menghadam tisu mati untuk tenaga yang diperlukan untuk hidup dan membiak. Proses ini biasanya menggunakan karbohidrat untuk menghasilkan karbon dioksida dan air. Saprofit juga boleh menghadam protein, lemak atau bahan-bahan lain yang dibuat oleh benda hidup dan menguraikannya menjadi sebatian yang lebih ringkas. | UMUM | |
LIKEN | Liken ialah organisma yang terdiri daripada alga dan kulat yang hidup bersama sebagai satu unit. Alga boleh membuat makanannya sendiri dengan bantuan cahaya matahari. Kulat tidak boleh membuat makanannya sendiri, tetapi ia cepat menyerap air. | UMUM | |
EPIFIT | Epifit yang juga dikenali sebagai tumbuhan udara, ialah sebarang tumbuhan yang tumbuh pada tumbuhan lain tetapi membuat makanannya sendiri. | UMUM | |
RAPANG | Rapang ialah nama sekumpulan burung pesisir yang kecil, montok. Burung rapang berbadan pendek dan berparuh pendek. Ia mengambil makanannya di permukaan tanah dan bukan mencungkilnya. Kebanyakan burung ini hanya mempunyai tiga jari kaki. Ia berleher pendek dan tebal. Sayapnya runcing dan menjangkaui hujung ekornya. | UMUM | |
DUBUK | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai haiwan. | UMUM | |
DUCCIO DI BUONINSEGNA | Dubuk ialah mamalia yang terkenal kerana lolongannya yang aneh seperti hilaian orang yang diserang histeria. Dubuk memburu haiwan sebagai makanannya. Ia juga memakan sisa-sisa bangkai haiwan. | UMUM | |
KULAT | Kulat ialah organisma yang tidak mempunyai klorofil, iaitu bahan pewarna hijau yang digunakan oleh banyak tumbuhan untuk membuat makanan. Kulat tidak boleh membuat makanannya sendiri. Sebaliknya, ia menyerap makanan daripada persekitarannya. | UMUM | |
RUMINAN | Ruminan ialah nama yang diberi kepada haiwan meragut yang mengunyah makanannya dan mempunyai huf terbahagi. Haiwan seperti ox, biri-biri, lembu, unta, llama, rusa, kambing, antelop, dan zirafah adalah ruminan. | UMUM | Umum |
SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |