Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ka.ro.ni] | ماكاروني

Definisi : sj bahan makanan drpd tepung gandum, berbentuk pembuluh (biasanya di­potong pendek-pendek) yg dikeringkan, dan dimasak utk dijadikan makanan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ka.ro.ni] | ماكاروني

Definisi : bahan makanan spt laksa tetapi berlubang di tengahnya (bentuknya spt pembuluh). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata makaroni


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAKANAN NYAHHIDRAT

Makanan nyahhidrat ialah makanan yang

telah diawet dengan cara pengeringan.

Menambah air kepada makanan demikian

menjadikannya sedia untuk dimakan atau dimasak.

Susu kering dan keluaran tenusu, sup, kopi, teh,

rempah-ratus, gelatin, campuran pencuci mulut,

dan makaroni dijual di kedai. Makanan nyahhidrat

lain yang biasa didapati termasuk yis, keju, dan

keluaran telur.

UMUM 
TEPUNG

Tepung ialah makanan berserbuk yang dibuat

daripada bijian yang dikisar. Sebahagian besar

tepung dibuat daripada gandum dan digunakan

untuk membuat roti. Biji-bijian lain yang dikisar

menjadi tepung termasuk barli, jagung, sekoi, oat,

beras dan rai. Tepung ialah ramuan asas untuk

membuat biskut, kek, makaroni, dan penkek.

Roti ialah makanan yang paling meluas dimakan

di dunia, dan penduduk di banyak negara

memperoleh lebih daripada separuh khasiat

daripada makanan yang dibuat daripada tepung.

UMUM 

Kembali ke atas