Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata make up


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KELLER, GOTTFRIED

Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis

Swizerland yang paling terkenal yang menulis di

Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal

dengan watak jenakanya dan sikap yang

mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller

menulis beberapa prosa yang pendek dikenali

sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal

terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856,

1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes

Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet

in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk

Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu

dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah

Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang

merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan

kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander

(1886). Keller lahir di Zurich.

UMUM 
ARNOLD, EDDY

Arnold, Eddy (1918– ), penyanyi Amerika dan

merupakan salah seorang penghibur yang paling

popular dalam bidang nyanyian rakyat dari

pertengahan tahun 1940-an hingga sepanjang

tahun 1960-an. Arnold merupakan perintis dalam

usaha menarik pendengar yang ramai terhadap

nyanyian rakyat. Lagunya yang paling terkenal

termasuklah “Cattle Call” (1944), “I Really Don’t

Want to Know” (1954), “You Don’t Know Me” (1956),

“Tennessee Stud” (1959) dan “Make the World Go

Away” (1965).

UMUM 

Kembali ke atas