SUNAN BONANG | SUNAN BONANG ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Nama sebenarnya ialah Raden Makhdum Ibrahim. Dia adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SUNAN DERAJAT | SUNAN DERAJAT ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia. Dia lahir di Ampel. Nama sebenarnya ialah Raden Syariffudin. Ada sumber menyatakan nama sebenarnya ialah Raden Qasim. Sunan Derajat adalah salah seorang ahli Walisongo yang telah berjasa dalam mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15. Bapanya bernama Sunan Ampel, manakalanya ibunya bernama Dewi Candrawati. Sunan Derajat juga adik Raden Makhdum Ibrahim atau Sunan Bonang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TUN MAI ULAT BULU | TUN MAI ULAT BULU ( ? - ? ), salah satu watak dalam Sejarah Melayu. Nama sebenar Tun Mai Ulat Bulu ialah Tun Mayuddin. Dia adalah anak Tun Zainal dan cucu kepada Bendahara Paduka Raja Tun Perak. Tun Mai Ulat Bulu berani berdebat dengan gurunya kerana mempertahankan kewibawaan bahasa Melayu. Dia telah berusaha memperdalami ilmu agama dan bahasa Arab dengan berguru kepada Makhdum Sadar Jahan, seorang mualim dan pendeta dari Jeddah yang telah datang ke Melaka untuk berdagang sambil berdakwah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |