PENGKOMPUTERAN BAHASA | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGKOMPUTERAN BAHASA, proses menggunakan komputer untuk penyelidikan, pengajaran dan penyebaran bahasa. Pengkomputeran bahasa atau pemprosesan bahasa ialah istilah yang digunakan untuk menamakan secara umum semua proses yang menggunakan komputer bagi semua perkara yang berkait dengan bahasa, sama ada untuk penyelidikan bahasa itu sendiri secara in situ ataupun untuk tujuan menggunakannya sebagai alat. Dalam penyelidikan bahasa misalnya, komputer dapat digunakan untuk menimba maklumat-maklumat linguistik seperti maklumat morfologi, sintaksis dan sebagainya. Contohnya komputer boleh digunakan dalam sistem penterjemahan berkomputer, sistem kajian penulisan berkomputer dan sistem kamus elektronik. | BAHASA | Sistem |
PERLINDUNGAN DATA | Perlindungan data ialah menyelamatkan maklumat elektronik yang tersimpan dalam komputer. Perlindungan data termasuklah: (1) perlindungan sah hak awam untuk melihat maklumat yang mungkin ada dalam pangkalan data komputer, dan (2) perlindungan daripada kecurian, kerosakan perisian (program) dan data yang tersimpan dalam ingatan komputer. Jenis kedua perlindungan data dikenali juga sebagai keselamatan data . | UMUM | |
PEREDAR | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.). Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936. Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2. Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D. Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941. Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi. Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah: | BAHASA | Karya |
ARKIB NEGARA MALAYSIA | Arkib Negara Malaysia ialah organisasi pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap penyimpanan dan pemeliharaan khazanah persuratan yang berkaitan dengan sejarah negara. Arkib juga membekalkan maklumat bagi kepentingan masyarakat. Arkib Negara ditubuhkan pada 1 Disember 1957 dengan nama Pejabat Rekod Awam Malaya. | UMUM | |
UTUSAN MALAYSIA | UTUSAN MALAYSIA, akhbar bertulisan Rumi yang diterbitkan oleh Syarikat Utusan Melayu Press sejak 1 Disember 1967. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyebar lebih luas maklumat dan berita kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. | SASTERA | Penerbitan |
TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . | UMUM | |
KAMUS SINONIM | KAMUS SINONIM, kamus yang mengandungi maklumat tentang kata seerti atau kata sinonim dalam bahasa Melayu. Judul lengkapnya Kamus Sinonim Lengkap dengan Rangkai Kata. Kamus ini disusun oleh Haji Zainal Abidin bin Safarwan, berukuran 15 cm x 20.5 cm, mengandungi 1019 halaman dan diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. pada tahun 1984. 1"> | BAHASA | Penerbitan |