Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maknanya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 
TESAURUSbuku yang mengandungi kata atau frasa yang dikelompokkan mengikut maknanya.BAHASAKarya
MASA TUA

Masa tua tidak dapat didefinisikan dengan tepat

kerana maknanya tidak sama dalam semua

masyarakat.

UMUM 
ANTONIM

Antonim ialah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain. Misalnya, kata besar ialah antonim bagi kata kecil. Demikian juga kata gemuk dan kurus, lelaki dan perempuan.

BAHASAKonsep
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 
PERKAMUSAN MELAYU

PERKAMUSAN MELAYU, wahana untuk mendokumentasikan kosa kata sesuatu bahasa selengkapnya atau sebahagiannya.  Kamus diisusun untuk tujuan ilmiah dan praktis.  Dalam kamus ilmiah didaftarkan sebanyak mungkin kata sebuah bahasa, dengan perincian maknanya, ada kalanya dilengkapi dengan kata majmuk, peribahasa dan contoh pemakaiannya.  Kamus praktis disesuaikan dengan pemakai sasaran murid sekolah, golongan pemakai spesifik, misalnya kamus istilah pelbagai bidang, kamus untuk pelancong, pedagang dan lain-lainya.

BAHASAKonsep
APPLETON, SIR EDWARD VICTOR

Antonim adalah perkataan yang mempunyai

Apache lihat Orang Asli Amerika.

Appleton, Sir Edward Victor (1892–1965),

Anne (1657–1714), ratu

pakar fizik Inggeris yang menerima Hadiah Nobel

Antares , yang juga dikenali sebagai Alpha Scorpii,

makna yang bertentangan dengan satu kata lain.

Britain yang pertama

tahun 1947 dalam bidang fizik, kerana penemuan

ialah bintang yang paling terang dalam buruj

Sebagai contoh, perkataan cepat dan lambat adalah

selepas negara itu

lapisan Appleton di dalam ionosfera. Lapisan bebas

Scorpius. Antares ialah bintang yang amat besar dan

berlawanan dan oleh itu adalah antonim. Kata yang

maknanya sama atau lebih kurang sama antara satu

elektron ini, 230 kilometer. tinggi, memantulkan

ditubuhkan apabila

dikelaskan sebagai gergasi besar merah.

sama lain dikenal sebagai sinonim . Banyak kamus

balik gelombang radio ke bumi. Appelton lahir di

Scotland bersekutu

Diameternya lebih kurang 630 kali sebesar diameter

dengan England dan

yang menyenaraikan kata sinonim mengikuti definisi

matahari. Walau bagaimanapun, Antares adalah jauh

Bradford, England. Semasa Perang Dunia II (1939–

lebih sejuk daripada matahari, dan dengan itu

Wales pada tahun 1707.

1945), dia pernah berkhidmat dalam Bahagian

kata. Kadangkala, senarai antonim mengikuti

kelihatan kemerah-merahan. Suhu permukaannya

Baginda juga ratu Ireland.

sinonim tersebut. Kamus khusus yang dikenal

Penyelidikan Saintifik dan Industri, Great Britain.

sebagai tesaurus menyediakan senarai sinonim dan

hanya kira-kira separuh daripada suhu matahari.

Pada tahun 1949, Appleton menjadi pengetua dan

Anne ialah raja

memerintah terakhir yang

naib canselor University of Edinburgh.

antonim.

UMUM 
SINTAKSIS

Sintaksis ialah pemerian tentang cara kata

disusun untuk membentuk ayat. Sintaksis

memerikan tertib subjek dan kata kerja, kedudukan

kata bantu dan objek, dan kaitan penerang dengan

kata yang diterangkannya. Lihat Ayat.

Tertib kata tidak sama dalam semua bahasa.

Dalam bahasa Inggeris kita katakan “I gave Jim the

ball”. Dalam bahasa lain, tertibnya mungkin “I the

ball Jim gave”. Apabila kita menyusun kata dalam

tertib yang betul, kita boleh menyatakan makna

yang kita maksudkan. Ayat “I was shown a book in

black leather by the clerk” mempunyai makna yang

berbeza daripada ayat “I was shown a book by the

clerk in black leather”, maknanya telah berubah

kerana sintaksisnya berubah.

UMUM 

Kembali ke atas