EPIGRAM | Epigram ialah puisi lucu ringkas, atau pepatah yang tajam maksudnya. Ciri-ciri pentingnya termasuklah kemampatan, kehalusan, keseimbangan, dan kejelasan. | UMUM | |
CAKAP PINDAH | Cakap pindah ialah kata-kata yang dituturkan oleh seseorang ditulis dengan membuat perubahan nahu atau pengubahsuaian nahu tanpa mengubah maksudnya. | BAHASA | Konsep |
PEPATAH | PEPATAH, sejenis peribahasa yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi makna tertentu. Bentuk gandanya ialah pepatah-petitih. Bentuk pepatah sama dengan bidalan. Yang membezakannya dengan bidalan, ialah bahawa bidalan mengandungi teladan atau pengajaran. Pepatah mengandungi pernyataan adat, peraturan dan hukum, iaitu hukum adat perpatih. Pepatah bermakna selapis, kerana apa yang dikatakan itulah maksudnya. | SASTERA | Konsep |
LARAS BAHASA | LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain. Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum. | BAHASA | Bahasa |