MAKTAB POLIS DIRAJA | Maktab Polis Diraja, pusat latihan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan latihan asas dan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan ahli yang berpangkat rendah serta kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
THAHARUDDIN AHMAD | THAHARUDDIN AHMAD (1921 - ), pengasas Gerakan Angkatan Melayu Muda Malaya (GERAM). Dia lahir pada 15 Februari 1921 di Barulak, Sumatera Barat, Indonesia. Dia menerima pendidikan awal di sekolah rendah, sebelum mempelajari Islam dan ekonomi di Moderne Islamietische Kweekschool (MIK), Darul Mu’alliminal ‘Ashriyah dan di Maktab Pendidikan Guru Islam Moden, Bukittinggi, Sumatera Barat. Di MIK, dia belajar selama empat tahun di tingkatan rendah aliran Arab, kemudian empat tahun lagi di tingkatan tinggi yang menggunakan aliran bahasa Arab dan Belanda. Setelah memperolehi Diploma Pendidikan Guru dan Ekonomi Rendah, dia bertugas sebagai guru di MIK hingga tahun 1939. semasa di sekolah tinggi, kesedaran politik antipejajah telah terbentuk hasil penglibatannya dalam gerakan pelajar di sana. Pada tahun 1940, Thaharuddin berhijrah ke Singapura dan menjadi guru di sebuah sekolah Arab, sebelum bertugas sebagai pengurus sebuah syarikat milik rakyat Indonesia hingga syarikat itu ditutup pada tahun 1941. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SAHLAN MOHD. SAMAN | SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 - ), penulis. Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 – 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 – 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 – 1967). Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara. | SASTERA | Tokoh |
MASHUDI KADER | MASHUDI KADER (1943 - ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor. | BAHASA | Tokoh |
AZHAR MOHD. SIMIN | AZHAR MOHD. SIMIN (1939 - ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun. | BAHASA | Konsep |
MOHAMED LATIFF MOHAMED | MOHAMED LATIFF MOHAMED (1950- ), penulis Singapura. Dia lahir pada 20 Mac 1950 di Lorong 23, Geylang, Singapura. Mohamed Latiff menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Guillemard Road, Singapura. Dia kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Tun Seri Lanang dan Sekolah Menengah Kaki Bukit, hingga tamat Sijil Am Pelajaran pada tahun 1967. Pada tahun 1968, dia melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Singapura hingga tamat pada tahun 1971. Dia kemudian mengajar di sekolah rendah dan menengah hingga tahun 1982. Pada tahun 1983, dia bertugas sebagai penulis khas buku teks bahasa Melayu sekolah menengah di Institut Pengembangan Kurikulum Singapura. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ARIFIN NGAH | Penulis. Dia lahir pada 28 Mac 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu. Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama samaran Moriffin SN dan Melati Timur. Ariffin mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Bukit Tunggal, Kuala Terengganu sebelum menyambung pendidikannya ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak dan Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian. | SASTERA | Tokoh |
IBU ZAIN | IBU ZAIN, (1903-1989), pendidik dan ahli politik. Dia lahir di Kampung Nyalas, Jasin, Melaka. Nama penuhnya Zainun bte Sulaiman. Ayahnya mengajar bahasa Melayu di Maktab Melayu Melaka (1900-1915). Dia belajar bahasa Inggeris daripada Paderi Shellabear di kelas asuhan Bandar Hilir pada tahun 1908. Ibu Zain belajar di Sekolah Rendah Methodist Girls’ School, Tranquera, Melaka sehingga Darjah Tujuh (1916). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
PENDIDIKAN GURU | PENDIDIKAN GURU, latihan perguruan yang diberikan kepada calon guru supaya dia berupaya dan diiktiraf sebagai seorang guru yang terlatih. Pendidikan guru di Malaysia bertujuan untuk menyediakan guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Latihan perguruan ini boleh didapati di maktab perguruan dan di universiti tempatan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |