Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian pangkal (dr mata lembing, pedang, dll), ganja (keris); 2. bahagian atas atau kepala tiang (kaki meja dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar harta benda, khazanah; baitul~ tempat menyimpan segala harta benda, per­bendaharaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : harta benda; khazanah: baitul~ (rumah) tempat menyimpan harta benda; perbendaharaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SISTEM PENERBANGAN MALAYSIA (MAS)

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) ialah

sistem penerbangan Malaysia yang memulakan

operasinya pada tahun 1937. Pada masa itu, ia

dikenali sebagai Malaysia Airways Ltd. (MAL)

yang menggabungkan tiga syarikat, iaitu Ocean

Steamship Company of Liverpool, The Straits

Steamship Company of Singapore dan Imperial

Airways. Syarikat penerbangan antara Singapura

dan Pulau Pinang.

UMUM 
NERINA, NADIA

Nerina, Nadia (1927– ) ialah penari balet yang

mendapat sanjungan daripada kebanyakan negara

di dunia kerana kecemerlangan tariannya. Dia ialah

penari balet pertama Royal Ballet, iaitu syarikat balet

British, yang mengadakan persembahan bersama-

sama dengan penari balet Bolshoi dan Kirov di

Kesatuan Soviet. Salah satu daripada peranannya

yang cemerlang ialah sebagai Lise dalam La Fille

Mal Gardee, yang dicipta khas untuknya oleh

Frederick Ashton, seorang pereka tari.

Nerina lahir di Cape Town, Afrika Selatan. Dia

belajar menari balet di London di bawah tunjuk

ajar Marie Rambert. Pada tahun 1946, Nerina

memasuki Sadler’s Wells Ballet. Pada tahun 1947,

dia menyertai Royal Ballet.

UMUM 
PANGERAN DIGADONG

PANGERAN DIGADONG, salah satu jawatan wazir dalam hierarki pemerintahan Kesultanan Brunei.  Gelaran penuh wazir ini ialah Duli Pangeran Digadong Sahibul Mal. Jawatan ini wujud sejak pemerintahan Sultan Hassan (m.m. 1605-1619).  Fungsi dan tanggungjawab Pangeran Digadong ialah mengurus dan mentadbir khazanah negara, mengawasi kedudukan dan perjalanan hasil negeri serta kesejahteraan sosial rakyat. Dalam melaksanakan tugas ini, Pangeran Digadong berkewajipan mendengar dan menerima segala aduan rakyat dan membuat laporan untuk dipersembahkan kepada sultan dan memberi nasihat bagaimana sesuatu masalah itu boleh diatasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
STEVENS, WALLACE

Stevens, Wallace (1879–1955) ialah pemuisi

Amerika. Dia menggambarkan manusia sebagai

makhluk yang hanya hidup di dunia tanpa harapan

untuk dihidupkan semula. Menurut pandangan

Steven, manusia setiap kali menghadapi alam yang

kelihatan tidak berbeza, ketentuan kematian

mereka sendiri, dan kesedaran mereka tentang

akhlak dan fizikal di sekeliling mereka. Manusia

diselamatkan daripada situasi magik yang

berpotensi dengan menggunakan imaginasi.

Imaginasi boleh memberi makna kepada

kekeliruan realiti. Imaginasi juga boleh menemui

keindahan dalam alam yang tidak berbeza

pemikiran tentang kematian dengan berasa takjub

kerana masih hidup. Stevens meneroka kebaikan

hidup yang berimaginasi dalam puisinya yang agak

mudah seperti “Sunday Morning” dan “The

Emperor of Ice Cream”, dan dalam puisi-puisi yang

lebih panjang, lebih kompleks seperti “The Man

with the Blue Guitar” dan “Esthétique du Mal”.

UMUM 

Kembali ke atas