Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata malabar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYAIR BURUNGSYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan.SASTERAKonsep
ORANG ACEH

ORANG ACEH, suku            kaum yang berasal dari Aceh, Sumatera Utara, Indonesia. Orang Aceh dipercayai berasal dari Keling, Madras dan Malabar di India dan mereka beragama Hindu. Setelah Islam tersebar, mereka memeluk agama Islam di Aceh. Orang Aceh juga dipercayai berasal dari negara Arab, Parsi dan Turki. Ada pula pendapat yang mengatakan bahawa orang Aceh berasal dari Campa (Indochina).

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
TUK SYEKH DUYUNGTUK SYEKH DUYUNG (1802-1889), ulama.  Dia lahir di Patani.  Nama sebenarnya ialah Haji Wan Abdullah bin Haji Mohamad Amin.  Tuk Syekh Duyung adalah daripada keluarga ulama.  Bapanya terkenal dengan gelaran Tuk Syekh Qadhi, seorang ulama dan pemimpin masyarakat.  Dia berketurunan Faqih Ali Malbari, putera raja Bugis yang mendapat pendidikan Islam di Malabar, India dan kemudiannya menetap di Patani.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUK SYEKH BUKIT BAYASTUK SYEKH BUKIT BAYAS ( ?  -1864), ulama.  Nama sebenarnya ialah Wan Abdul Kadir bin Wan Abdul Rahim.  Dia juga dikenal dengan panggilan Syekh Abdul Kadir Bukit Bayas.  Tuk Syekh Bukit Bayas berasal dari Patani.  Dia berhijrah ke Terengganu bersama-sama rombongan Tuk Syekh Qadhi yang mengundurkan diri dari Patani berikutan serangan Siam yang menakluki kerajaan Islam Patani pada tahun 1832.  Tuk Syekh Bukit Bayas adalah saudara Tuk Syekh Qadhi.  Dia juga adalah keturunan daripada Faqih Ali Malbari, putera Raja Bugis yang mengembara menuntut ilmu sampai ke Malabar, India.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas