Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SNIPERSKOP

Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat

digunakan untuk membidik raifal dengan tepat

pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta

sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945)

untuk membolehkan pasukan tentera berjuang

dengan lebih berkesan pada waktu malam.

Sniperskop telah diganti dengan starlight skop

yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat

pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan

tentera dan polis bukan sahaja menggunakan

starlight skop untuk menembak pada waktu

malam, malah semasa meronda di tempat yang

gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada

senjata yang lebih besar seperti meriam dan

pelancar misil serta juga senapang.

UMUM 
MASJIDILAQSA

Masjidilaqsa ialah kiblat pertama umat Islam

dan tanah haram ketiga serta tempat

persinggahan Rasulullah SAW ketika Mikraj, juga

tempat sembahyang semua nabi pada malam

Israk.

UMUM 
SPODE CHINA

Spode China ialah sejenis porselin buatan

Inggeris yang popular. Ia mula dikeluarkan buat

pertama kalinya dalam sebuah kilang yang

ditubuhkan pada tahun 1770 oleh Josiah Spode

(1733–1797) yang terletak berdekatan dengan

Stoke-on-Trent di Staffordshire. Spode juga diberi

penghargaan sebagai orang yang mencipta bone

china. Menjelang tahun 1796, dia mengeluarkan

sejenis porselin yang sesuai untuk membuat

pinggan mangkuk yang dapat digunakan dalam

majlis makan malam yang dinamakan English

china, yang dianggap sebagai bone china yang

pertama yang pernah dibuat. Anak lelaki Spode,

Josiah (1754–1827), telah mencapai kejayaan dalam

pemasaran bone china menjelang lebih kurang

pada tahun 1799. Bagi mencipta bone china, abu

tulang dicampurkan dengan suatu pes yang keras.

Tanah liat yang sememangnya sudah menjadi

bahan-bahan tradisi yang digunakan dalam

pembuatan porselin. Bone china mempunyai rupa

yang lut cahaya, berwarna putih susu bak gading

dan tidak mudah terserpih.

UMUM 
SIRIUS

Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing,

ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat

dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih

kurang sama dengan saiz matahari, tetapi

memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama

(lihat Bintang [Mengukur kecerahan]).

UMUM 
TITANIC

Titanic ialah kapal penumpang British yang

terlanggar sebuah aisberg dan karam di Lautan

Altantik Utara pada tahun 1912. Bencana tersebut

berlaku semasa pelayaran pertama kapal berkenaan

dari Southampton , England ke New York City.

Titanic terlanggar sebuah aisberg di sebelah sisinya

lebih kurang pada pukul 11.40 malam 14 April.

UMUM 
BIG BEN

Big Ben ialah loceng besar di menara jam

Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya

12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya

2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun

1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng

ini buat pertama kali didengari di radio, dan

menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara

loceng yang terang-benderang muncul di kaca

televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall

yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya

kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota

Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena

namanya.

UMUM 

Kembali ke atas