MALAM WALPURGIS | Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis. Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada malam ini dan merayakan hari sabat di gunung Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang paling tinggi di Pergunungan Harz. | UMUM | |
BURUNG SIKAP MALAM | Burung sikap malam banyak menyerupai whippoorwill, yang ada hubungan dengannya. Burung ini bukan burung helang. Burung sikap malam kira-kira 25 sentimeter panjang, dan warna bulunya bercampur-campur coklat, hitam, dan putih, dan bertompok putih pada lehernya. | UMUM | |
SERIBU SATU MALAM | Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar. Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil seorang anak dara lalu dinodainya, dan dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada seorang menteri. | UMUM | |
MATAHARI TENGAH MALAM | Matahari tengah malam ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada matahari yang dapat dilihat 24 jam sehari suntuk di kawasan kutub bumi. | UMUM | |
HIKAYAT SERIBU SATU MALAM | HIKAYAT SERIBU SATU MALAM, sastera berbentuk cerita berbingkai. Hikayat ini diterjemahkan daripada sumber cerita asal dalam bahasa Arab yang berjudul Alfa Laylah wa Laylah. Cerita ini merupakan hasil kesusasteraan Arab yang paling terkenal. | SASTERA | Karya |
SNIPERSKOP | Sniperskop ialah peranti elektronik yang dapat digunakan untuk membidik raifal dengan tepat pada waktu malam. Ahli sains Amerika mencipta sniperskop ketika Perang Dunia II (1939–1945) untuk membolehkan pasukan tentera berjuang dengan lebih berkesan pada waktu malam. Sniperskop telah diganti dengan starlight skop yang dicipta pada tahun 1963 dan digunakan buat pertama kalinya ketika Perang Vietnam. Angkatan tentera dan polis bukan sahaja menggunakan starlight skop untuk menembak pada waktu malam, malah semasa meronda di tempat yang gelap. Askar-askar menggunakan peranti ini pada senjata yang lebih besar seperti meriam dan pelancar misil serta juga senapang. | UMUM | |
BURUNG TUKANG | Burung tukang ialah nama bagi kira-kira 70 spesies burung yang terbang pada waktu malam atau senja. Burung ini mendapat nama daripada tabiat pada waktu malam (nokturnal) dan daripada bunyi sumbang burung tukang Eropah. | UMUM | |
QIAMULLAIL | Berjaga malam walaupun seketika dengan melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud dan berzikir. | AGAMA | Konsep |
ALADDIN | Aladdin ialah salah seorang hero dalam Kisah Seribu Satu Malam. Kisah ini berasal dari Parsi tetapi ia ditokok tambah berdasarkan pegangan dan pandangan penceritanya, iaitu seorang wanita Islam bernama Syahrizat. | UMUM | |
STOK | Stok ialah nama yang diberi kepada tiga bunga taman yang berlainan. Stok berbau-malam mengeluarkan bunga berwarna lilac berbau harum yang kembang pada waktu petang. Tumbuhan tahunan yang kecil dan bercabang ini berasal dari selatan Eropah. Lenggainya mempunyai dua tanduk yang ketara di hujungnya. Bunga stok Stok Virginia adalah satu lagi tumbuhan tahunan yang mengeluarkan bunga kecil yang berwarna putih, merah, atau lilac. Tangkainya pendek dan lenggainya tidak bertanduk. Stok Brompton atau stok biasa, tumbuh kira-kira 60 sentimeter tingginya. Ia mengeluarkan bunga yang harum berwarna putih, samar, merah, ungu, atau kuning. Stok berasal dari selatan Eropah. Ia memerlukan tempat yang mendapat cahaya matahari, terlindung, dan tanah yang subur, agak beralkali. | UMUM | |