LEBAI MALANG | LEBAI MALANG, cerita yang tergolong dalam cerita jenaka. Di Barat, cerita ini dikenal sebagai jest, humorous anecdotes, merry tale atau schwank (Jerman). Dalam kategori Winstedt, cerita ini digelar sebagai farcical tale iaitu cerita yang memperbesar dan melebih-lebihkan fiil dan sifat seseorang dengan tujuan untuk menimbulkan kelucuan dan sindiran. Cerita Lebai Malang dengan lebih khusus tergolong ke dalam cerita jenaka yang mempersendakan sifat tamak dan nasib malang seseorang. | SASTERA | Karya |
MALAMUD, BERNARD | Malamud, Bernard (1914–1986) ialah pengarang Amerika. Kebanyakan fiksyen Malamud diceritakan dalam bentuk lucu tetapi penuh rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa penduduk kota, terutama orang Yahudi. | UMUM | |
MOORE, GEORGE AUGUSTUS | Moore, George Augustus (1852–1933) ialah pengarang Ireland. Novel-novelnya menunjukkan pengaruh realisme Honore de Balzac dan naturalisme Emile Zola. Novelnya, Confessions of a Young Man (1888), merupakan pemaparan yang bijak mengenai eksperimen di Paris. Novel Esther Waters (1894) menceritakan penderitaan dan nasib malang seorang gadis pembantu rumah. Novel Heloise and Abelard (1921) ialah sebuah karya fiksyen kisah percintaan yang terkenal pada Zaman Pertengahan dan merupakan karya agung fiksyen ciptaannya. Ia merupakan salah satu penyusunan semula yang amat imaginatif mengenai kehidupan pada Zaman Pertengahan. Moore lahir di Kaunti Mayo. Dia berusaha untuk mewujudkan drama asli Ireland dan membantu membentuk Irish Literary Revival. Dia menjelaskan usaha-usahanya dalam memoir Hail and Farewell (1911–1914). Avowals (1919) dan Conversations in Ebury Street (1924) merupakan karya autobiolografinya dalam bentuk dialog. | UMUM | |
NUGROHO NOTOSUSANTO | NUGROHO NOTOSUSANTO (1931 – 1984), penulis Indonesia. Dia lahir di Rembang, Jawa Tengah, Indonesia dan mendapat pendidikan dasar di Malang (1937 – 1938) dan di Jakarta (1938 – 1942). Kemudian Nugroho melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra Universitas Indonesia, Jakarta dalam bidang sejarah dan tamat belajar pada tahun 1959. Dari tahun 1960 hingga tahun 1961, dia menyambung pelajaran di University of London. Seterusnya pada tahun 1977, Gugroho berjaya mendapat ijazah Doktor Falsafah dari Universitas Indoensia. | SASTERA | Tokoh |
SATYAGRAHA HOERIP | SATYAGRAHA HOERIP (1934- ), penulis dan wartawan Indonesia. Dia lahir pada 7 April 1934 di Lamongan, Jawa Timur, Indonesia. Satyagraha tamat Sekolah Menengah Atas (SMA) di Malang pada tahun 1953. Dia kemudian menyambung pelajarannya di Universitas Gadjah Mada Yogyakarta, Universitas Padjadjiran Bandung, dan Universitas Indonesia Jakarta. | SASTERA | Tokoh |
TANJUNG KATONG | TANJUNG KATONG, kawasan yang terletak di bahagian timur Singapura. Ia telah wujud sebelum kedatangan Raffles ke Singapura pada tahun 1819. perjanjian Raffles dengan Sultan Husin Syah pada tahun 1819, menentukan garis sempadan loji British di Singapura, iaitu dari Tanjung Malang di bahagian barat Singapura hingga ke Tanjung Katong, di bahagian timur Singapura, selain kawasan pedalaman Singapura sejauh tembakan meriam. Pada tahun 1822, Raffles menamakan Tanjung Katong sebagai limbungan marin. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT | Sindrom kematian bayi mengejut, juga disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan, walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah memerhatikan kejadian yang membawa kepada SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru, tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang malang ini tidak menangis atau meronta. | UMUM | |
LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU | LEMBAGA KEBAJIKAN PEREMPUAN ISLAM PERSEKUTUAN TANAH MELAYU, pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam. Idea penubuhan pertubuhan kebajikan ini lahir daripada cita-cita Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Pemaisuri Agong yang pertama. Baginda berhasrat agar sebuah pertubuhan kebajikan bagi membantu kaum wanita Islam yang miskin dan malang dapat ditubuhkan di negara ini. Baginda berusaha mengumpulkan beberapa tokoh wanita Islam yang berpengalaman mengenai pertubuhan sukarela. Akhirnya, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 31 Mac 1960. Jawatankuasa pertubuhan kebajikan ini dianggotai oleh Tunku Puan Besar Kurshiah (sebagai Yang Dipertua), Nyonya Razif (isteri kepada Duta Besar Indonesia Persekutuan Tanah Melayu), Puan Sri Puteh Mariah, Tengku Aishah, Fatimah Musa, Che Tom Khir Johari dan Aminah Bahaman. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
TANJUNG PAGAR | TANJUNG PAGAR, sebuah kawasan strategik di bahagian selatan Singapura, berdekatan dengan Kepulauan Riau. Nama Tanjung Pagar telah dikenali sejak zaman dahulu. Dalam Sejarah Melayu iaitu semasa pemerintahan Seri Maharaja (1375-1388), ada dicatatkan mengenai peristiwa Singapura dilanggar todak. Kejadian itu menjadi bencana kepada rakyat Singapura sehinggalah seorang budak bijak mencadangkan penggunaan batang pisang menggantikan betis manusia, bagi membentengi serangan todak. Benteng pisang yang merupakan `pagar’ ini memberi nama kawasan `Tanjung Pagar’. Tanjung Pagar juga mungkin mendapat namanya sempena adanya kelong (pagar penangkap ikan) pertama yang didirikan dari daerah perairan sekitarnya sehinggalah daerah Tanjung Malang. Pelabuhan di Tanjung Pagar juga telah dirakamkan oleh pencatat-pencatat dari negeri China dan Portugas semenjak abad ke-14 lagi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |