SUNTING MALAR | Kapsyen : Sunting malar SUNTING MALAR, hiasan telinga yang dipakai oleh gadis istana semenjak zaman dahulu. Perkataan sunting malar itu berasal daripada kegunaan sekuntum bunga melur yang diselitkan di antara kelopak telinga dengan kepala. Oleh sebab sebutan bahasa baku di negeri Kelantan tidak tepat, maka ianya tetap dipanggil sunting malar sehingga kini. Sunting malar juga digunakan di Patani, selatan Thailand, yang kebanyakan penduduknya berketurunan Melayu dan beragama Islam. | BUDAYA | Alat/Alatan |
ROSEMARY | Rosemary ialah pokok renek malar hijau dalam famili pudina yang terkenal kerana keharuman daunnya. Rosemary tumbuh liar di kawasan Mediterranean dan tingginya dari 60 hingga 180 sentimeter. | UMUM | |
ARBORVITAE | Arborvitae ialah nama pokok malar hijau tertentu yang merupakan tumbuhan asli timur Asia dan beberapa bahagian Amerika Utara. Pokok ini mempunyai daun kecil bak sisik yang tumbuh melekap pada dahan. Ia mengeluarkan banyak kon kecil. Oriental arbovitae , spesies yang merupakan tumbuhan asli di utara China, ditanam di sesetengah taman. Pokok ini tumbuh setinggi 12 meter, tetapi ramai pekebun mencantasnya sampai tiga meter atau kurang. Dua spesies arborvitae Amerika Utara biasanya dikenali sebagai sedar putih utara dan sedar merah barat . Pengelasan saintifik. Arborvitae terdiri daripada genus Thuja dalam famili sipres, Cupressaceae . Arborvitae oriental ialah Arbutus unedo . | UMUM | |
KAROB | Karob ialah pokok malar hijau tua yang tumbuh di negara-negara di sepanjang Laut Mediterranean. | UMUM | |
OAK HIDUP | Oak hidup ialah oak malar hijau yang cantik yang tumbuh di sepanjang pantai tenggara di Amerika Syarikat. Pokok ini tumbuh setinggi kira-kira 15 meter. Dahannya yang mendatar membentuk silara yang merendang, rimbun. Daunnya yang berwarna gelap, berkilat dan lonjong mungkin lima sentimeter hingga 13 sentimeter panjangnya. Oak hidup adalah pokok kegemaran bagi laman dan tepi jalan kerana ia tahan terhadap kerosakan akibat ribut, serangga dan penyakit. Kayunya kuat dan digunakan untuk membuat kapal. Pengelasan saintifik. Oak hidup adalah anggota famili bic, Fagaceae. Ia adalah Quercus virginiana. Lihat juga Oak; Pokok. | UMUM | |
SEDAR | Sedar ialah sekumpulan pokok besar, malar hijau yang tumbuh di banyak bahagian di dunia. Terdapat dua kumpulan utama sedar, iaitu sedar kupresineus dalam famili sipres dan sedar sebenar dalam famili pain. | UMUM | |
AVOKADO | Avokado ialah sejenis buah pokok malar hijau dari nama yang sama (avokado). Buahnya mungkin bulat, bujur, atau berbentuk buah pir. Kulitnya berwarna hijau atau ungu gelap, bergantung pada jenisnya. | UMUM | |
ASAM JAWA | Asam jawa ialah pokok malar hijau yang menarik, yang tumbuh di kawasan tropika. Ia boleh tumbuh 23 meter tingginya. Asam jawa mempunyai daun yang kecil, berwarna hijau pucat, dan bunga yang kecil berwarna kuning. Lenggainya kira-kira lapan hingga 10 sentimeter panjangnya mengandungi biji. Lenggai ini mengandungi isi masam berwarna perang yang digunakan untuk membuat minuman yang menyegarkan. Di India dan Arab Saudi, isi ini dihimpit menjadi ketulan dan dijual sebagai makanan istimewa. Asam jawa hiasan ditanam di bahagian panas yang di dunia. Pengelasan saintifik: Asam jawa tergolong dalam famili kacang pis Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Tamarindus indica . | UMUM | |
SLIPPERWORT | Slipperwort ialah nama bagi beberapa tumbuhan malar hijau yang bunganya berbentuk seperti selipar. Ia berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, tetapi ditanam di rumah hijau dan taman di kawasan sederhana. Spesies Alpine ditanam di taman batuan. Slipperwort mempunyai banyak bunga. Spesies yang popular termasuk Slipperwort biasa yang bunganya kuning berbintik-bintik slipperwort belukar yang bunganya kecil berwarna kuning, dan slipperworth berbunga ungu. | UMUM | |
MIRTEL | Mirtel ialah pokok renek atau pokok kecil malar hijau yang menarik. Ia tumbuh liar di kawasan Mediterranean di selatan Eropah dan utara Afrika. Mirtel mempunyai daun berkilat, berwarna hijau tua dan bunganya harum berwarna putih. Ia adalah pokok taman yang popular, terutamanya di kawasan yang musim sejuknya sederhana. Pokok mirtel dianggap suci oleh orang Yunani purba dan digunakan dalam perayaan. | UMUM | |