EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |
PARTI RAKYAT MALAYA (PRM) | Parti Rakyat Malaya (PRM) ialah salah sebuah parti politik di Malaysia. Parti Rakyat Malaya lebih dikenali sebagai PRM telah ditubuhkan pada 11 November 1955 di Kuala Lumpur. | UMUM | |
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru – guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
KOLEJ ISLAM MALAYA | Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8 April 1955. | UMUM | |
UNIVERSITI MALAYA | UNIVERSITI MALAYA, universiti yang pertama di Malaysia. Sejarah universiti ini bermula di Singapura dengan percantuman antara dua institusi pendidikan terkenal, Kolej King Edward VII (ditubuhkan pada tahun 1905) dan Kolej Raffles (ditubuhkan pada tahun 1927). Pada tahun 1959, sebuah kampus cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Universiti Malaya Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai sebuah universiti secara rasmi pada 1 Januari 1962. Naib Canselor Universiti Malaya yang pertama ialah Datuk Alexander Oppenheim diikuti oleh Profesor Diraja Ungku Aziz, Dr. Syed Hussein al-Attas, Profesor Datuk Mohd. Taib Osman dan Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi Ahmad. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
SISTEM SEBAYA MALAYA 1949 | Sistem | PERTANIAN | Konsep |
MALAYA | Malaya ialah nama lama bagi Semenanjung Malaysia – kawasan Malaysia. Untuk terperinci lihat Malaysia. | UMUM | |
DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA | DEWAN PERNIAGAAN MELAYU MALAYA, gabungan Dewan-dewan Perniagaan Melayu seluruh Malaya, ditubuhkan pada tahun 1956, bertujuan untuk memperjuangkan matlamat dan hak para peniaga Melayu di negara ini. Penubuhan Dewan Perniagaan Melayu Malaya juga adalah selaras dengan perkembangan dunia perniagaan golongan bumiputera sendiri dan mereka menyedari keperluan sebuah dewan perniagaan bagi golongan bumiputera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KONGRES INDIA MALAYA (MIC) | Kongres India Malaya (MIC) ialah parti politik kaum India di Malaysia. Parti ini ditubuhkan oleh John Thivy pada 8 Ogos 1946. | UMUM | |
LEMBAGA MALAYA | LEMBAGA MALAYA, akhbar Melayu. Akhbar ini diterbitkan pada tahun 1934 oleh Onn bin Ja’afar dan Syed Omar Albar. Lembaga Malaya ialah akhbar mingguan dan diterbitkan pada setiap hari Isnin, di North Bridge Road, Singapura. Akhbar ini mempunyai 36 halaman dengan menggunakan tulisan Jawi. Pengarang utamanya ialah Onn bin Ja’afar dan dibantu oleh Syed Ja’afar Albar, sebagai penolong pengarang bahagian agama Islam. Akhbar ini menjadi salah satu bahan bacaan yang penting bagi masyarakat Melayu di selatan Tanah Melayu pada waktu itu. | SASTERA | Penerbitan |