MALI | Mali ialah negara yang besar di bahagian barat Afrika. Gurun Sahara yang luas di Afrika meliputi separuh negara ini di bahagian utara. Padang rumput yang beralun meliputi kebanyakan bahagian lain Mali. | UMUM | |
EMPAYAR MALI | Empayar Mali ialah empayar orang kulit hitam yang berkembang pesat di Afrika barat dari sekitar tahun 1240 hingga tahun 1500. | UMUM | |
SUNDIATA KIETA | Sundiata Kieta ( ? –1255), memerintah Empayar Mali, di Afrika Barat dari kira-kira pada tahun 1240 hingga tahun 1255. Dia membantu membangunkan Mali sebagai salah sebuah empayar terbesar dan terkaya di rantau itu. | UMUM | |
TIMBUKTU | Timbuktu (pend. 20 483) ialah bandar perdagangan kecil di Mali Tengah. Nama rasminya ialah Tombouctou. Dari tahun 1200 hingga tahun 1500, ia merupakan salah sebuah bandar komersial yang terkaya di Afrika dan pusat pengajian Islam. Timbuktu diasaskan pada kira-kira tahun 1100. Ia terletak berhampiran hujung selatan Gurun Sahara, lebih kurang 13 kilometer dari Sungai Niger (lihat Mali [peta]). | UMUM | |
MANSA MUSA | Mansa Musa (? –1337?) ialah pemimpin Empayar Mali di Afrika dari tahun 1312 hingga tahun 1337. | UMUM | |
MANDINGO | Mandingo ialah nama sekumpulan penduduk Afrika Barat. Orang Mandingo berketurunan pengasas Empayar Mali yang suatu ketika dahulu sangat berkuasa. | UMUM | |
SUNNI ALI | Sunni Ali ( ? –1492?), memerintah Empayar Songhai di Afrika Barat dari tahun 1464 hingga tahun 1492. Dia mula mengambil Empayar Mali kira-kira pada tahun 1464 dan menjadikan Songhai sebagai negara yang paling berkuasa di barat Sudan. | UMUM | |
SAHEL | Sahel ialah kawasan padang rumput kering di Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara, dan merentangi sebahagian besar negara Senegal, Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah disebabkan oleh kemarau. | UMUM | |
IBRAHIM OMAR | IBRAHIM OMAR (1936- ), penulis. Dia lahir pada 17 Jun 1936, di Kampung Jeram Landak, Mela, Kuala Lipis, Pahang. Nama sebenarnya ialah Ibrahim bin Imam Omar. Dia pernah menggunakan nama samaran Suria sewaktu menulis puisi dan Al-Mali dan Malawi apabila menulis rencana politik dan sains. | SASTERA | Tokoh |