RAZAK MAMAT | RAZAK MAMAT (1949-1991), penulis. Dia lahir pada 1 Mei 1949 di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, Terengganu. Dia mendapat pendidikan awal di Kuala Terengganu. Dia kemudian menuntut di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam, sebelum memasuki Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru, Johor (1971-1972). Razak kemudiannya mengajar di Catholic High School, Melaka. Dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) dari tahun 1974 hingga tahun 1978 hingga memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Sosial. Selepas tamat pengajiannya, dia mengajar di High School, Convent Holy Infant Jesus dan Sekolah Mengenah Munsyi Abdullah, di Melaka. | SASTERA | Tokoh |
HALUAN | HALUAN, kumpulan cerpen karya Razak Mamat. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, pada tahun 1985. Haluan telah terpilih sebagai salah sebuah kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985, bersama kumpulan cerpen Terima Kasih Tuhanku yang ditulis oleh Baharuddin Kahar dan diterbitkan oleh Penerbitan Warusna, Kuala Lumpur, pada tahun 1984. | SASTERA | Karya |