Burung waxbill ialah mana-mana satu daripada
sekumpulan burung kecil yang berwarna-warni
yang suka memakan biji-bijian, dan dijumpai di
Afrika, Asia, dan Australia.
Perdagangan bebas ialah polisi yang
membenarkan penduduk sesebuah negara membeli
dan menjual di mana-mana sahaja yang mereka suka
tanpa halangan. Sebuah negara yang mempunyai
sebuah polisi perdagangan bebas tidak menghalang
penduduknya daripada membeli barangan yang
dikeluarkan di negara lain, atau menggalakkan
mereka membelinya di negara sendiri.
Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal
kerana buahnya yang berjus dan berbau harum.
Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam
bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti
sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka
meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai
pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.
Thailand menanam lebih banyak nanas daripada
mana-mana negara lain. Petani di sana
mengeluarkan lebih kurang satu per empat
daripada nanas di dunia.
Thanks for clicking. That felt good.