PRAETOR | Praetor ialah pegawai undang-undang pada zaman Rom. Warganegara akan membawa aduan kepada praetor. Praetor yang memutuskan aduan manakah yang mempunyai alasan yang kuat, dan menyerahkannya kepada hakim untuk diadili. | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI SELANGOR | DIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia. | BAHASA | Bahasa |