SOLAT | Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun, sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah daripada al-Qur’an. | UMUM | |
AMIR AL-MUKMININ | Pemerintah kerajaan Islam. 'Amir' bermaksud ketua, manakala al-Mukminin pula ialah umat Islam. | AGAMA | Tokoh |
PERTANDINGAN ACARA BERCAMPUR | Pertandingan acara bercampur bagi lelaki ialah pentatlon dan dekatlon manakala wanita ialah heptatlon dan dekatlon. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
QADI ‘IYAD, AL- | Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula ialah nama julukannya. Qadi ‘Iyad, al- (476–544 H./1083–1149 M.), ahli hadith dan ahli sejarah. Nama sebenarnya ialah Qadi ‘Iyad ibn Musa manakala Abu al-Fadl pula ialah nama julukannya. Dia dikenali ramai kerana keilmuannya yang sukar ditandingi pada masa itu. Tempat lahirnya di Sabtah’ iaitu sebuah bandar di Maghribi dan keluarganya berasal dari Sepanyol. Dia bekerja sebagai pegawai penganalisa selama 28 tahun. Kemudian dia menjawat jawatan kadi di Sabtah’ seterusnya di Gharnatah selama 35 tahun. Namanya harum dan dikenali ramai sehingga orang ramai memuji sifat dedikasinya dan komitmen yang diberikan sepanjang memegang jawatan tersebut. | UMUM | |
ENTALPI | Sifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
TRANSLASI | Proses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
BURUNG HOOPOE | Burung hoopoe ialah sejenis burung yang mempunyai jambul yang menonjol di atas kepalanya manakala sayap serta ekornya pula berbelang-belang. | UMUM | |
ORBITAL ATOM | Orbit dan orbital merupakan dua istilah yang berbeza. Orbit merujuk kepada laluan yang dilalui oleh elektron yang mengelilingi nukleus sesuatu atom, manakala orbital merujuk kepada ruang kawasan di sekitar nukleus atom. | KIMIA | Konsep |
JAHAI | JAHAI, suku kaum Orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Sebahagian besar masyarakat Jahai terdapat di bahagian timur negeri Perak, manakala selebihnya di bahagian barat laut negeri Kelantan. Bagaimanapun, mereka bergerak bebas di dalam kawasan atau wilayah Jahai di kedua-dua negeri ini tanpa dibatasi konsep hak mutlak ke atas tanah atau kawasan. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
YEN | Yen ialah unit mata wang Jepun. Duit syiling Jepun yang biasa digunakan ialah 5, 10, 50, 100, dan 500 yen, manakala wang kertasnya pula ialah 1000, 5000 dan 10 000 yen. | UMUM | |