ADAT PERKAHWINAN MANDAILING | ADAT PERKAHWINAN MANDAILING, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mandailing di Sumatera, Indonesia. Perkahwinan di Mandailing ialah salah satu upacara adat paling besar yang disebut ‘horja godang’. Upacaranya memakan waktu yang lama dan biaya yang banyak. Ada tiga golongan utama terlibat secara langsung iaitu ‘kahanggi’ atau kaum kerabat seketurunan dengan pihak lelaki ayah ‘anak boru’, kelompok pihak lelaki yang mengambil anak gadis (keluarga/pihak mentua lelaki), dan ‘mora’, kelompok anak gadisnya telah diambil oleh pihak lelaki (keluarga/pihak mentua). | BUDAYA | Konsep |
MANDAILING | MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
PEWARTA DELI | PEWARTA DELI, akhbar Melayu yang pertama diterbitkan di Medan, Sumatera, Indonesia. Pewarta Deli diterbitkan oleh Syarikat Tapanuli, sebuah syarikat percetakan yang diasaskan oleh Dja Endar Moeda bersama-sama beberapa orang Batak Mandailing dan Angkola-Sipirok. Akhbar ini mula diterbitkan pada awal bulan Januari 1910, setiap hari Rabu dan Sabtu, dan kemudiannya terbit sebagai akhbar harian. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Penerbitan |
PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA | PEMINJAMAN BAHASA NUSANTARA, peminjaman bahasa daripada rumpun bahasa Melayu-Polinesia daripada satu atau beberapa bahasa yang lain ke dalam bahasa Nusantara merangkumi rumpun bahasa Melayu-Polinesia (Austronesia) bahagian barat seperti Aceh, Minangkabau, Mandailing, Jawa, Banjar, Bugis, Iban, Makasar, Bali dan juga bahasa Indonesia. | BAHASA | Konsep |
KAMPUNG BARU | KAMPUNG BARU, petempatan orang Melayu yang tertua di Kuala Lumpur. Nama Kampung Baru mengambil sempena daripada pengisytiharan sebuah kawasan yang mula diwartakan oleh kerajaan British pada akhir abad ke-19. Pembentukan Kampung Baru secara rasmi diisytiharkan pada tahun 1899. Sebenarnya, Kampung Baru diasaskan lebih awal oleh para peneroka. Golongan peneroka awal ini sebahagian besarnya merupakan para perantau dari Jawa, Bawean, Minangkabau, Mandailing dan Kerinci. Selain itu, ramai juga mereka yang berasal dari Melaka. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |