Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.da.la] | مندالا

Definisi : 1. kawasan atau lingkungan yg ter­masuk dlm bidang kuasa pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu, pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami per-ubahan sikap yg mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan, daerah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.da.la] | مندالا

Definisi : (S.Lukis) simbol bulat yg melam­bangkan cakerawala yg terdapat dlm seni Buddha dan Hindu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mandala


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANDALA

Mandala, satu simbol pola geometrik yang melambangkan alam semesta dalam amalan Hindu dan Buddha.

AGAMAKonsep
MANDAILING

MANDAILING, suku kaum Batak di Pulau Sumatera, Indonesia. Nama Mandailing berasal daripada perkataan ‘Mandala Holing’. Pada zaman dahulu, Manda Holing adalah sebuah kerajaan yang meliputi daerah Portibi di Padang Lawas hingga ke Pidoli dan Mandailing. Pusat pentadbiran kerajaan asalnya di Portibi, kemudian dipindahkan ke Piu Delhi (yang dikenal sebagai Pidoli) atas desakan kerajaan Majapahit.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas