MANDI | Mandi ialah perbuatan mencuci badan. Terdapat empat jenis mandi yang utama: (1) mandi untuk kebersihan, (2) mandi perubatan, (3) mandi bersantai atau berseronok-seronok dan (4) mandi keagamaan. | UMUM | |
MANDI SAFAT | MANDI SAFAT, upacara mandi untuk pengantin baharu dengan tujuan menolak bala. Upacara mandi safat dikenal juga sebagai mandi sampat dan diamalkan sejak sebelum kedatangan Islam. Upacara ini melibatkan aspek pemujaan, dan kepercayaan kepada semangat serta menilik keraksian pasangan pengantin. Dengan kedatangan Islam, upacara ini disesuaikan dengan ajaran agama itu. | BUDAYA | Kepercayaan |
MANDI SAFAR | MANDI SAFAR, temasya mandi-manda yang diadakan pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan Safar dengan tujuan menolak bala. Pada pagi hari tersebut, orang ramai mandi di pantai atau sekurang-kurangnya minum air yang telah direndam ‘kertas safar’ atau ‘papan kecil’ yang bertulis dengan kalimat suci. Air ini dikenal sebagai ‘air safar’. Di Semenanjung Malaysia, pantai Tanjung Keling di Melaka adalah tempat utama dan masyhur untuk temasya mandi safar. Di Sabah dan Sarawak, temasya ini juga diadakan. | BUDAYA | Kepercayaan |
KEBERSIHAN | Kebersihan lihat Kesihatan (Kebersihan); Mandi (Mandi untuk kebersihan). | UMUM | |
SAUNA | Sauna ialah sejenis permandian khas untuk membersihkan badan dan bersantai. Ia mengeluarkan peluh melalui kaedah wap. Perkataan <i> sauna i> juga merujuk kepada bilik atau bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun. Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat peranginan. | UMUM | |
ARETHUSA | Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam <i> Metamorphoses i> oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam <i> Arethusa i> oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. | UMUM | |
SIEGFRIED | Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. | UMUM | |
SUNGAI GANGES | Sungai Ganges ialah jalan air yang terbesar di India dan salah satu sungai yang terpanjang di dunia. Sungai ini sangat penting kepada rakyat India kerana peranannya dalam agama Hindu. Orang Hindu menganggap sungai itu sebagai sungai yang paling suci di India. Setiap tahun, beribu-ribu penganut Hindu berkunjung ke bandar suci seperti Varanasi dan Allahabad di sepanjang tebing Sungai Ganges untuk mandi-manda dan membawa pulang airnya. Kuil dan <i>ghat i>(anak tangga) yang menuju ke sungai didirikan di tebing sungai itu. Sesetengah penziarah datang untuk mandi-manda di sungai itu semata-mata untuk menyucikan diri daripada dosa. Mereka yang sakit dan cacat datang dengan harapan sentuhan air itu dapat menyembuhkan penyakit. Terdapat juga yang datang kerana mahu mati di sungai itu. Mengikut kepercayaan Hindu, sesiapa yang mati di Ganges akan dimasukkan ke syurga. Nama sungai ini dalam bahasa Hindu, bahasa utama orang India, ialah <i>Gangai>. | UMUM | |
PONCE DE LEÓN, JUAN | Ponce de León, Juan (1474–1521) ialah penjelajah Sepanyol. Dia mengetuai ekspedisi Eropah yang pertama sampai ke Florida, Amerika Syarikat. Ponce de León menjelajahi banyak bahagian Florida dalam usahanya untuk mencari mata air khayalan yang dipanggil <i> Fountain of Youth i> (Air Pancut Remaja). Mata air ini, kononnya, akan mengembalikan keremajaan seseorang itu apabila dia mandi di dalamnya atau meminum airnya. | UMUM | |
SPA | Spa ialah bandar-bandar yang terletak di kawasan mata air semula jadi atau telaga. Di Eropah, spa menjadi popular semasa pemerintahan Rom. Orang ramai percaya bahawa sulfur, nitrat atau air garam yang terkandung dalam air spa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Orang Rom telah membina tempat mandi di Bath dan St. Albans di England. | UMUM | |