Santiago de Cuba (pend. 345 772) terletak di kaki banjaran Sierra Maestra di pinggir laut tenggara Cuba. Jauhnya 740 kilometer di tenggara Havana. Untuk lokasi, lihat Cuba (peta politik). Santiago ialah pusat industri perlombongan Cuba. Ia juga pusat penghantaran besi, mangan, gula, kopi dan tembakau. Kota Morro, salah sebuah mercu tandanya, didirikan untuk mempertahankan pelabuhannya daripada serangan lanun British, dan Perancis. Pada tahun 1898, semasa Perang Sepanyol-Amerika, angkatan laut Amerika Syarikat telah memusnahkan sebahagian besar angkatan laut Sepanyol berhampiran pelabuhan Santiago. |