| MANGGA | Mangga ialah buah yang tumbuh di kawasan tropika di seluruh dunia. Ia menjadi makanan utama ramai penduduk di negara-negara tropika dan sering dikenali sebagai raja buah-buahan tropika. | UMUM | |
| HALWA | HALWA, penganan manis yang diperbuat daripada buah-buahan seperti betik, nanas, kundur, mangga, nangka, limau kasturi, belimbing dan cermai. Buah-buahan ini digubah seperti bunga-bungaan, sayur-sayuran dan lain-lain. Halwa disediakan untuk hari raya dan majlis perkahwinan atau sebagai hidangan biasa. | BUDAYA | Konsep |
| SULTAN AHMAD SHAH | SULTAN AHMAD SHAH (1930 - ), Sultan Pahang yang kelima (1974 - ). Gelaran penuh baginda ialah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan, Pahang. Ayahanda baginda ialah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Bonda baginda ialah Raja Hajah Fatimah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |