Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni] | مني

Definisi : air dan benih yg terpancut keluar dr alat kelamin lelaki (haiwan jantan) ketika berse­tubuh (mengawan) atau apabila mencapai puncak syahwat; pancaran ~ Id pengeluaran mani; permanian (Bio) proses memasukkan mani atau sperma ke dlm faraj atau salur pembiakan haiwan betina; ~ beradas perihal memasuk­kan mani ke dlm rahim dgn menggunakan radas tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni] | مني

Definisi : air yg di dlmnya terdapat benih, yg keluar ketika melakukan persetubuhan atau apabila mencapai puncak syahwat. permanian perihal memasukkan mani lelaki (jantan utk haiwan) ke dlm rahim perempuan (betina utk haiwan). ~ beradas permanian yg dijalankan tanpa melakukan persetubuhan (iaitu dgn menggunakan radas tertentu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mani


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANICHAEISME

Manichaeisme ialah sistem agama dan falsafah

berdasarkan ajaran penganjur Babylon bernama

Mani yang hidup pada tahun 200-an M.

UMUM 
KEJATUHAN MELAKA

KEJATUHAN MELAKA, peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang membawa kepada berlakunya peristiwa ini. Faktor dalaman dirangsang oleh sebab peribadi yang timbul akibat pergeseran berterusan antara dua golongan pembesar Melaka yang terdiri daripada pembesar Melayu dan pembesar Melayu Tamil-Islam. Kemunculan pembesar Melayu yang mewarisi  darah Tamil-Islam bermula apabila Mani Purindan diambil sebagai menantu oleh Seri Nara Diraja pada masa pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Mani Purindan memperoleh dua orang anak iaitu Tun Ali dan Tun Wati. Tun Ali kemudiannya mewarisi gelaran Seri Nara Diraja, manakala Tun Wati diperisterikan oleh Sultan Muhammad Syah. Perkahwinan antara Sultan Muhammad Syah dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim yang kemudian menjadi Sultan Melaka bergelar Sultan Muzaffar Syah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
KHALID IBN SA‘UD

Khalid ibn Sa‘ud (?–1276 H/ ?–1859 M). Nama

penuhnya ialah Khalid ibn Sa‘ud ibn ‘Abd al-Aziz

ibn Muhammad ibn Sa‘ud ibn Muhammad ibn

Muqrin ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn

Rabi‘ah ibn Mani‘ ibn Rabi‘ah al-Maridi. Nasab

mereka ini berakhir kepada Bakar ibn Wa‘il

daripada keturunan Asad ibn Rabiah.

UMUM 
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN

Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun

1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun

1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada

termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim

Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk

mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn

Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn

Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang

diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar

ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen.

UMUM 
SA'UD IBN 'ABD AL-'AZIZ 'ALI 'SA'UD

Sa’ud ibn ‘Abd al-‘Aziz ‘Ali ‘Sa’ud (1319–1388

H./1902–1969), raja kerajaan Arab Saudi. Nama

penuh baginda ialah Sa’ud ibn ‘Abd ‘Aziz ibn ‘Abd al-

Rahman ibn Faysal ibn Tarkiy ibn ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Sa’ud ibn Muhammad ibn Muqrin

ibn Markhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi’ah ibn

Mani’ ibn Rabi’ah al-Muridiy. Keturunannya berakhir

hingga kepada Bakar ibn Wa’il dari Bani Asad ibn

Rabi’ah.

UMUM 
SULTAN ABU SHAHID

SULTAN ABU SHAHID ( ? - 1446), Sultan Melaka yang keempat (1444 – 1446).  Nama sebenar baginda ialah Raja Ibrahim.  Mengikut sumber Portugis dan China, nama baginda disebut juga sebagai Parameswara Dewa Syah.  Baginda adalah putera Sultan Muhammad Syah dan bondanya puteri Raja Rokan, Sumatera.  Ayahanda baginda juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Tun Wati binti Mani Purindan, adik kepada Tun Ali yang kemudiannya memegang gelaran Seri Nara Diraja.  Perkahwinan ayahanda baginda dengan Tun Wati melahirkan Raja Kassim (Sultan Muzaffar Syah).  Ini bererti Raja Ibrahim dan Raja Kassim bersaudara tiri.  Walaupun dikatakan berpangkat adik dengan Raja Kassim, tetapi akibat pengaruh bondanya yang pada ketika itu menjadi Raja Perempuan Melaka dan baginda anak gahara, maka Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Sultan Melaka setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah.  Baginda memakai gelaran Sultan Abu Shahid.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas