Seni manik ialah seni membuat atau menghias
objek dengan manik. Ia digunakan untuk mencipta
aksesori seperti tali pinggang, jalur leher baju, dan
jalur pergelangan tangan; dan untuk menghiasi
pakaian, dompet, dan barang-barang yang lain.
Barang kemas yang dibuat daripada seuntai manik
tidak dianggap sebagai seni manik.
Manik ialah benda kecil dalam sebarang bentuk,
warna, atau bahan keras. Sebutir manik biasanya
ditebuk dengan lubang untuk diuntai atau dijahit
dengan bahan-bahan yang lain.
Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang
yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di
belakang bulan atau muncul semula dari sebalik
bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat
Gerhana).
Tasbih ialah kalungan manik kecil yang
digunakan untuk membantu ingatan dan tumpuan
semasa bersembahyang. Manik kecil ini mungkin
dibuat daripada kayu, logam, atau batu.
Embun ialah nama yang diberikan kepada manik
air yang gemerlapan yang biasanya terdapat pada
permukaan daun, rumput dan di atas kereta pada
pagi yang cerah. Embun terbentuk apabila udara
yang berada di permukaan tanah menyejuk pada
satu titik sehingga tidak boleh lagi menampung
wap air.
Mokasin ialah kasut lembut yang berbentuk
seperti selipar. Mokasin dipakai oleh Orang Asli
Amerika Utara. Mereka membuat mokasin daripada
kulit rusa dan haiwan lain, dan menghiasinya
dengan manik atau duri landak. Kasut ini tidak
mempunyai tumit dan muat-muat dipakai.
Kebanyakannya menutup buku lali. Sesetengahnya
memanjang hingga ke lutut.
Raspberi ialah pokok bangkut yang berduri yang
mengeluarkan buah yang kecil, bulat dan sedap.
Setiap buah, juga dikenali sebagai beri , terdiri
daripada sejambak sel, yang dinamakan druplet ,
yang kelihatan seperti manik kecil. Druplet adalah
sebahagiannya keras, dan sebahagiannya berisi,
dan tumbuh di sekeliling satu empulur yang
dikenali sebagai pudung .
Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan
telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu
dengan karya seni orang San. Mereka mengukir
batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding
gua serta tempat perlindungn mereka yang
diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku
kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh
yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika
yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum
tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni
pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan
membuat manik.
Thanks for clicking. That felt good.