Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nor] | مانور

Definisi : rumah besar dan tanah di desa, terutama yg dibina pd Zaman Pertengahan (di Eropah). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULGRAVE MANOR

Sulgrave Manor ialah sebuah estet di

Northamptonshire, England, yang dianggap sebagai

tempat tinggal nenek moyang George Washington,

presiden pertama Amerika Syarikat. Keluarga

Washington memiliki estet ini dari tahun 1539 hingga

tahun 1610 apabila Robert Washington dan anak

lelakinya, Lawrence, menjualnya. Lawrence

Washington membina rumah manor tersebut pada

tahun 1500-an. Pada tahun 1914, kerajaan British

membeli rumah tersebut bagi merayakan 100 tahun

perdamaian antara Great Britain dengan Amerika

Syarikat. Rumah tersebut masih lagi terpelihara

dengan sempurna. Pertubuhan-pertubuhan patriotik

Amerika membantu melengkapkan rumah tersebut

dengan perabot dan membaiki bahagian dalam

bangunan itu.

UMUM 
REVOLUSI 1848

Revolusi 1848 melibatkan satu siri

pemberontakan yang berlaku di Perancis, Jerman,

dan Empayar Austria, termasuklah sebahagian Itali.

Punca-punca tercetusnya revolusi ini termasuklah

desakan untuk menubuhkan kerajaan

berperlembagaan; semangat nasionalisme yang

meningkat di kalangan bangsa Jerman, Itali,

Hungary, dan Czech; dan juga tentangan kaum

petani terhadap sistem manor (sistem pemilikan

tanah oleh kaum bangsawan) di bahagian Jerman

dan Empayar Austria (lihat Manorialisme ).

UMUM 

Kembali ke atas