Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk me­nyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk se­suatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.te.ra] | منترا

Definisi : kata-kata yg diucapkan utk mendapatkan sesuatu dgn kuasa ghaib; jampi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantera
Rujuk :jampi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANTERA

MANTERA, suatu bentuk puisi tradisional yang kompleks meliputi kepercayaan, amalan dan ritual yang melibatkan fungsi-fungsi tertentu dalam kehidupan masyarakat.

SASTERAKaedah
GUNA-GUNA

GUNA-GUNA, ubat pengasih. Orang Melayu percaya penggunaan jampi mantera dan benda-benda tertentu, semangat seseorang dapat dipuja dan ditakluk sehingga menjadikan seseorang itu terpikat akan si pemuja.

BUDAYAKepercayaan
HARE RAMA HARE KRISHNA

Hare Rama Hare Krishna, lafaz mantera atau maha mantra yang disampaikan dalam bentuk dikir oleh pengikut-pengikut Persatuan Antarabangsa Kesedaran Krishna (International Society for Krishna Conciousness) ketika upacara keagamaan mazhab moden kaum Hindu, Hare Krishna.

AGAMAKonsep
PANTUN

PANTUN, genre puisi Melayu tradisional.  Pantun adalah antara bentuk puisi yang tertua dalam tradisi budaya Melayu, selain mantera.  Pantun menggambarkan jiwa dan peribadi bangsa Melayu dari sudut keindahan bahasanya.  Hampir semua suku bangsa di Alam Melayu mempunyai bentuk pantunnya dalam dialek atau bahasa masing-masing.

SASTERAKonsep

Kembali ke atas