Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.kas] | مرکس

Definisi : pejabat ketua turus tentera dll, pejabat parti politik dll; ~ besar markas yg tertinggi, ibu pejabat; bermarkas 1. berpejabat: Polis Khas Hutan yg ~ di Kuala Kangsar; 2. ki diam, tinggal: saya ~ di sebuah kamar yg kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mar.kas] | مرکس

Definisi : pejabat ketua turus tentera (ketua parti politik dll): ~ besar ibu pejabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata markas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GIYU-GUN

GIYU-GUN, pasukan tentera sukarela yang ditubuhkan oleh Pentadbiran Tentera Jepun pada bulan Disember 1943. Markas Giyu-gun terletak di Johor Bahru dan diketuai oleh Ibrahim Yaacob, seorang nasionalis Melayu. Ibrahim Yaacob diberi pangkat Leftenan Kolonel, pangkat tertinggi untuk seorang anak tempatan. Giyu-gun juga ditubuhkan di Jawa dan Sumatera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 

Kembali ke atas