MARSUPIAL | Marsupial ialah mamalia yang melahirkan anaknya dalam keadaan belum matang. Anak yang baru lahir membesar dalam keadaan melekap pada salah satu puting ibunya dan mendapat makanan semata-mata daripada susu ibunya. | UMUM | |
KUCING MARSUPIAL | Kucing marsupial yang juga dikenali sebagai kucing asli atau daysure, ialah mamalia kecil berbulu yang tinggal di hutan di Australia dan Tasmania. | UMUM | |
POSUM | Posum ialah mamalia berbulu yang hidup di atas pokok di Australia, New Guinea dan pulau-pulau yang berhampiran. Posum adalah marsupial , iaitu haiwan betina melahirkan anak yang benar-benar tidak matang, yang melengkapkan pembesarannya semasa melekap pada puting ibunya. Seperti kebanyakan marsupial, anak posum membesar semasa dikendong ke sana sini dalam kantung pada abdomen ibunya. Posum dan oposum adalah marsupial, tetapi ia tidak berkaitan rapat. Posum berserta cuscus membentuk sekumpulan mamalia yang dikenali sebagai phalanger (lihat Cuscus ). | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
DIPROTODON | Diprotodon ialah marsupial terbesar yang pernah hidup. Beratnya kira-kira dua metrik tan, iaitu lebih kurang saiz badak sumbu. Diprotodon ialah pemakan tumbuhan, yang tinggal di Australia dan New Guinea. | UMUM | |
SUGAR GLIDER | Sugar glider ialah marsupial kecil di Australia yang boleh meluncur sehingga 50 meter di antara satu pokok dengan pokok lain. Ia boleh berlari merentasi tanah lapang untuk mendapatkan serumpun pokok lain. | UMUM | |
MOMOK TASMANIA | Momok Tasmania ialah haiwan garang yang hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada waktu malam dan menghabiskan waktu siang di gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial. Marsupial betina melahirkan anak yang tidak terbina dengan baik. Seperti kebanyakan marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu ibunya sehingga ia membesar dengan lebih sempurna. Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus harrisii . | UMUM | |
KUCING HARIMAU | Kucing harimau atau quoll ekor bertompok-tompok ialah marsupial yang memakan daging, yang hidup di timur Australia dan Tasmania. | UMUM | |
KANGGARU | Kanggaru ialah haiwan berbulu yang melompat dengan kaki belakang. Kanggaru ialah anggota terbesar dalam kumpulan mamalia yang dikenali sebagai marsupial. | UMUM | |
OPOSUM | Oposum ialah mana-mana anggota famili mamalia berbulu yang hidup di Hemisfera Barat. Oposum betina membawa anaknya dalam kantung pada abdomennya. Oposum, kanggaru, dan mamalia-mamalia lain yang melahirkan anak yang benar-benar tidak terbina dinamakan marsupial. Oposum adalah satu-satunya marsupial yang berasal dari Amerika Utara. Ia hidup dari Ontario di Kanada ke arah selatan hingga ke Amerika Selatan. | UMUM | |