Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.syal] | مرشل

Definisi : 1. pegawai tertinggi dlm tentera, je­ neral besar; ~ tentera darat pegawai tertinggi dlm tentera darat; 2. pegawai yg bertugas mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum, terutamanya acara sukan spt perlumbaan kereta dsb: 40 orang ~ per-lumbaan dr Portugal akan membantu ~ tem-patan apabila Litar F1 Sepang menganjur-kan perlumbaan Grand Prix Malaysia Petro-nas 1999 pd 17 Oktober ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marsyal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARSYAL

Marsyal ialah gelaran tertinggi dalam angkatan

tentera di kebanyakan negara. Gelaran marsyal

juga digunakan oleh sesetengah pegawai sistem

kehakiman di Britain dan Amerika Syarikat.

UMUM 
AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE

Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884–

1981), marsyal medan perang British yang

bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam

Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia

II (1939–1945), dia menjadi ketua komander

untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941

dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun

1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat

dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua

komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera

kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan

senjata. Namun, Auchinleck tetap mara

menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur.

Dia mengumpulkan semua tenteranya di

belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan

komandernya sebelum dia sempat bertindak.

Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England.

UMUM 
TEMPLER, SIR GERALD

Templer, Sir Gerald (1898–1979) ialah pegawai

tinggi tentera Inggeris berpangkat Fil Marsyal yang

berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Malaya

(kini Malaysia) dari tahun 1952 hingga tahun 1954.

UMUM 
NEY, MICHEL

Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar

terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat

dengan cemerlang dalam kempen pada tahun

1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan

orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan

kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu

menjadikannya askar yang paling dikenali.

Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada

tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of

Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di

Elchingen pada tahun 1805.

UMUM 
ZHUKOV, GEORGI KONSTANTINOVICH

Zhukov, Georgi Konstantinovich

(1896–1974) ialah pegawai tentera Rusia yang

menjadi wira Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia

II (1939–1945). Pada tahun 1941, dia menubuhkan

pasukan untuk mempertahankan bandar Moscow

dan juga bertanggungjawab terhadap kemenangan

Soviet di Stalingrad (kini Volgograd) pada tahun

1942 dan 1943. Dia mengetuai tentera Soviet

menawan Berlin pada tahun 1945. Pada tahun 1943,

Zhukov menjadi marsyal – pangkat paling tinggi

dalam tentera darat Soviet.

UMUM 

Kembali ke atas