Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marudu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIP USMAN

SYARIP USMAN ( ? - ?), penentang penjajahan British di Sabah. Syarip usman ialah seorang pengembara berketurunan Arab. Beliau menjadi pemimpin kumpulan pengembara di Teluk marudu, Sabah. Walaupun berpangkalan di Teluk Marudu, tetapi beliau juga amat berpengaruh di Labuan, Balambangan dan Brunei. Beliau dan pengikutnya menjelajahi Asia Tenggara. Pedagang British, Belanda dan Sepanyol yang berdagang di perairan Borneo memanggil Syarip Usman dan pengikutnya sebagai lanun. Pengaruh dan kuasa Syarip Usman bertambah apabila beliau berkahwin dengan adik Sultan Muda, Sulu. Syarip Usman juga mendapat bantuan dan galakan daripada penduduk tempatan, antaranya Pangeran Usop, bapa saudara Sultan Brunei.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PULAU BALAMBANGANPULAU BALAMBANGAN, pulau yang pernah menjadi penempatan British pada abad ke-18. Pulau ini terletak di utara Teluk Marudu dan barat Pulau Banggi atau bahagian paling ke utara negeri Sabah. Pulau Balambangan dipisahkan daripada bahagian utara Semenanjung Kudat dan tanah besar negeri Sabah oleh selat sejauh 21 km dan dipisahkan dengan Pulau Banggi di bahagian barat oleh selat sejauh 5 km.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KUDAT

KUDAT, ibu negeri pertama kepada Syarikat Berpiagam British Borneo  Utara (Sabah) pada tahun 1881. Kudat terletak di bahagian muara Teluk Marudu, lebih kurang 169 km di utara negeri Sabah, dan terkenal dengan nama ‘kelapa Bercabang Tiga’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas