Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2. panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : panggilan yg karib atau mesra (spt ketika isteri memanggil suami): ~, marilah makan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mas II


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas